Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.na.ga] | برتناݢ

Definisi : 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.na.ga] | برتناݢ

Definisi : mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,

Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accelerator sourcepunca pemecutKejuruteraanPetroleumPenjana neutron bebas yang bertenaga sangat tinggi hasil buatan manusia, berdasarkan tindak balas deuteron yang memecut pada halaju tinggi sebagai jisim penembak dengan nukleus atom lain sebagai sasaran. Alur deuteron bertenaga 300 Ke V apabila melanggar litium-6 menghasilkan neutron bebas bertenaga kira-kira 2.5 MeV, sebanyak 2 x 10 neutron per saat per mikroampere.
neutron generatorpenjana neutronKejuruteraanPetroleumPeranti elektro mekanik beroperasi pada voltan tinggi (AT 125,000-130,000 volt) yang mengeluarkan neutron bebas bertenaga tinggi iaitu 14 MeV. Alat ini menghasilkan seberkas deutron bertenaga tinggi yang ditujukan pula ke sasaran yang mengandungi tritium. Neutron bertenaga tinggi akan terbebas akibat daripada proses pelakuran nukleus antara ion deutron dengan atom yang menjadi sasaran tersebut. Pengeluaran neutron ini boleh dikawal sehingga pembebasan neutron itu dapat terjadi dalam bentuk denyut demi denyut.
pair productionpengeluaran pasanganKejuruteraanPetroleumProses penyerapan sinar gama (foton) bertenaga tinggi akibat terjadinya perlanggaran foton dengan elektron yang wujud dalam orbit atom. Sinar gama hendaklah bertenaga sekurang-kurangnya 1.02 Juta eV. Akibat pelanggaran itu, seluruh sinar gama terserap oleh atom yang menjadi sasaran tetapi sebagai gantinya terbebas sepasang zarah dari atom itu, iaitu elektron dan positron.
film screenskrin filemTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLapisan bahan yang diletakkan filem di dalamnya dan berfungsi untuk menapis sinaran bertenaga rendah dan hanya membenarkan sinaran bertenaga tinggi melepasinya serta menapis sinaran yang datang daripada sinaran serak balik.
pair productionpenghasilan berpasanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikFenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02  MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis.
oxygen loglog oksigenKejuruteraanPetroleumLog neutron yang prinsip pengukurannya berdasarkan gerak balas beradioaktif yang diberikan oleh atom oksigen apabila ia dilanggar oleh neutron laju (bertenaga sekitar 14 Juta eV). Atom oksigen memancarkan sinar gama aruhan yang bertenaga sekitar 2 juta eV yang sangat cepat memupus atau mereput akibat daripada perlenggaran itu. Keamatan sinar agama ini boleh dikesan dan dapat diterjemahkan kepada nilai keporosan formasi. Nilai keporosan ini direkod terhadap kedalaman.
livelybertenagaKesenianTiadaTempo dalam pergerakan muzik.
energized moleculemolekul bertenagaKimiaTiadaTiada
energetic reactiontindak balas bertenagaKejuruteraanTiadaTiada
energetic fuelbahan api bertenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauHidrokarbon tumpat yang mempunyai kadar pelepasan tenaga haba yang tinggi dan mampu terbakar pada suhu rendah. Contohnya, kubana, benzvalena dan dihidrobenzvalena.
12345678910...

Kembali ke atas