Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.pu/] | برتڤوق

Definisi : a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.pu/] | برتڤوق

Definisi : , = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepuk
Kata Terbitan : bertepuk, bertepuk-tampar, menepuk,

Puisi
 

Sirih bertepuk pinang memusing,
     Pacak buluh di atas kota;
Tak boleh duduk hati runsing,
     Tak boleh tubuh nak tengok mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bagai bertepuk sebelah tangan.

Bermaksud :

Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi".Penggunaan peribahasa  "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh"Lain-lain24.12.2015
persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. Terima kasih ats penjelasan.persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. . Kedua-dua frasa "persembahan tamat atau tamat persembahan" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
Salam sejahtera. Saya ingin menanyakan maksud peribahasa berikut. - Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Adakah peribahasa ini membawa maksud 'Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab.' Terima Kasih.

Maksud peribahasa “Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi” ialah cinta kasih yang tidak berbalas atau cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.

Sastera26.07.2022
Assalaamualaikum...saya ada soalan. 1. Saya menepuk tangan di bawah pentas. 2. Saya bertepuk tangan di bawah pentas. Manakah ayat yg betul? Atau boleh diterima kedua-duanya. Harap pihak tuan dpt memberikan penjelasan. Terima kasih.Kedua-dua perkataan itu betul bergantung pada konteks penggunaannya. Jika menyatakan kegembiraan, perkataan yang betul ialah "bertepuk tangan" dan jika memukul tangan dengan perlahan, perkataan "menepuk tangan" yang sesuai digunakan. Ayat tuan tidak menjelaskan tujuan, bertepuk/menepuk tangan. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua perkataan tersebut manfaatkan carian kata di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa07.04.2015
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih

1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia".

2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi".

3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. 

Tatabahasa10.10.2009
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. (1) Para penonton bertepuk tangan dengan gemuruh. (2) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli.

Contoh ayat yang betul ialah "Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli". Contoh ayat nombor satu tidak tepat kerana kata sendi dengan tidak disesuai digunakan  dalam ayat tersebut. Kata sendi dengan membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama.

Tatabahasa21.06.2019
Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasihKata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku.

1. Daun kering - Frasa nama
2. Bilik muzik - Kata nama
3. Buah pinang - Kata nama
4. Bertempuk tangan - Kata kerja
5. Sedang bernyanyi - Kata kerja
6. Sangat Suka - Kata adjektif
7. Di taman - Frasa sendi nama
8. Seekor rama-rama - Kata nama
Tatabahasa09.09.2017
Mengikut Kamus Dewan (ms 498), entri hadirin bermaksud sekalian yang hadir. Mengikut pemahaman saya, daripada maksud yang diberikan oleh KD, kata hadirin itu merupakan kata nama majmuk. Sekiranya perkataan tersebut sudah menunjukkan penanda majmuk, maka tidak perlu lagi ada perkataan lain yang juga menunjukkan penanda majmuk untuk mengelakkan kelewahan. Tetapi frasa contoh yang diberikan oleh KD iaitu "...para hadirin bertepuk tangan", mengikut pemahaman saya adalah lewah. Hal ini kerana kata "para" itu sudah menandakan jamak, maka kata tersebut tidak perlu digandingkan dengan kata "hadirin". Mohon penjelasan daripada pihak tuan.Pada pendapat saya,ayat para hadirin bertepuk tangan boleh ditulis sebagai hadirin bertepuk tangan. Tidak timbul soal lewah atau sebagainya. Itulah sebenarnya keunikan bahasa Melayu. Untuk keterangan lanjut sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Tkasih.Tatabahasa07.08.2008
lepak lapuk

Kata yang lazim ialah lepak lepuk dan bukannya lepak lapuk. Lepak lepuk ialah bunyi seperti bunyi barang jatuh ke tanah. Manakala lapuk ialah reput atau terlalu lama atau usang ; atau bunyi orang bertepuk tangan.

Makna15.06.2008
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasihSetakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi.  Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh:   siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana ke­pedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll di­sebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api di­siram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati.  Kamus Dewan Edisi Keempat  mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek di­jadikan bunyi panjang; maddah.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II.   Kamus Dewan Edisi Keempat   gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll.   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulang­ulang, bunyi berdentang-dentang.   Kamus Dewan Edisi Keempat   uak II   bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu.   Kamus Dewan Edisi Keempat   rak I   1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak.   Kamus Dewan Edisi Keempat   siul   = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung).   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lengking   bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal.   Kamus Dewan Edisi KeempatLain-lain09.05.2014

Kembali ke atas