Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.pu/] | برتڤوق

Definisi : a) ~ tampar bergurau, bersenda: tidak spt selalu mereka ~ tampar dan ketawa berdekah-dekah; b) bertepuk tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.pu/] | برتڤوق

Definisi : , = ~ tangan menamparkan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi (sbg tanda gembira dll): Para penonton ~ tangan apabila pemain pasukan Malaysia menjaringkan bola ke dlm gol pasukan lawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepuk
Kata Terbitan : bertepuk, bertepuk-tampar, menepuk,

Puisi
 

Sirih bertepuk pinang memusing,
     Pacak buluh di atas kota;
Tak boleh duduk hati runsing,
     Tak boleh tubuh nak tengok mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bagai bertepuk sebelah tangan.

Bermaksud :

Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata.
Kurik Kundi Merah SagaSirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata.
Kurik Kundi Merah SagaAkar keramat akar bertuah, Akar bertepuk di gua batu; Nabi Muhammad cintakan Allah, Di mana tuan masa itu?
Kurik Kundi Merah SagaSeorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dari seberang, Putus tali mari bergalah; Sungguh sakit bercinta seorang, Ibarat bertepuk tangan sebelah.
Kurik Kundi Merah SagaAnjunglah Siam patah kemudi, Ambil paku lantak di papan; Diamlah diam tidak berbunyi, Lupalah malu bertepuk sopan.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang jatuh meriba, Jatuh gemercing di tengah laman; Kita sayang orang tak suka, Macam bertepuk sebelah tangan.

Kembali ke atas