Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ras] | برترس

Definisi : mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ras] | برترس

Definisi : mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berteras

Peribahasa

Berteras keluar bagai pimping.

Bermaksud :

Kelihatan di luar bagus (kaya dan sebagainya), tetapi sebenarnya sangat melarat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan DBP, "berteras pada aturan bahasa" atau "berteras kepada aturan bahasa" frasa yang betul? Sendi nama "pada" atau "kepada" yang harus digunakan di depan kata atau frasa nama bayangan (abstrak) seperti "aturan bahasa"? Pinta tuan tatap dan jawab soal saya yang diisikan dalam WordPad. Soal saya berbentuk surat yang dihantar kepada Dr. Awang Sariyan untuk dijawab. Tetapi, saya juga meminta tuan DBP menerangkan soal ini agar kelak saya tidak menggunakan bentuk frasa yang salah. Terima kasih.Lampiran yang digunakan tidak boleh dibuka. Mengikut rumus tatabahasa, ayat yang betul ialah "berteras pada aturan bahasa". Kami amat menghargai soalan yang dikemukakan oleh setiap pelanggan dan sukacita kami memaklumkan jika soalan itu boleh menimbulkan perdebatan, maka pegangan kami ialah rumus tatabahasa.Tatabahasa09.11.2016
Perluasan makna untuk perkataan pokok

1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya;

2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga;

3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;

Lain-lain09.09.2009

Kembali ke atas