Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GERAKAN PEMBEBASAN PATANI

GERAKAN PEMBEBASAN PATANI, gerakan kaum Melayu Islam Patani berteraskan ikatan etnik dan agama menentang kerajaan Bangkok. Pada awal abad ke-20, tujuh wilayah Melayu bekas Kesultanan Patani ditakluk oleh Negara Thai melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Sejak penaklukan itu, berbagai-bagai dasar integrasi nasional telah dilaksanakan oleh kerajaan Thai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AKTA TANAH NEGERI-NEGERI SELAT

Akta Tanah Negeri-Negeri Selat. Undang-undang yang diperkenalkan oleh Inggeris untuk menghapuskan pemakaian undang-undang pemilikan tanah mengikut adat Melayu yang berteraskan Islam dan sistem yang ditinggalkan oleh kuasa penjajah yang terdahulu.

UNDANG-UNDANGAkta
PARTI PERIKATAN SARAWAK

PARTI PERIKATAN SARAWAK, parti politik.  Parti Perikatan Sarawak adalah gabungan beberapa buah parti di Sarawak.  Penubuhan Parti Perikatan Sarawak berteraskan usaha untuk menyatupadukan parti politik yang pro-Malaysia bagi menghadapi pilihan raya Sarawak pada tahun 1963.  Pengumurnan untuk mengadakan pilihan raya ini ditentukan oleh kerajaan British.  Tujuan utamanya adalah untuk membentuk kerajaan negeri Sarawak menjeIang kemerdekaan dan pengisytiharan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas