Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tiang] | برتياڠ

Definisi : mempunyai tiang, ada tiangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Kapal layar bertiang tiga,
     Tiang keempat batang galah;
Ikhtiar ilmu bahagian kita,
     Hasil pendapatan di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Rumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kapal baluk bertiang tiga, Dibawa masuk ke Pontianak; Bulan mabuk matahari gila, Apa fikiran orang yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dua bertanduk bertiang tiga, Dari masuk berkunci tiada; Bulan masuk matahari gila, Abang diharap dipandang tiada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan perahu sebarang perahu, Perahu layar bertiang tiga; Bukan rindu sebarang rindu, Rindu membakar jiwa dan raga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa guna mencacak rumah, Bila tidak ada bertiang; Apa guna awak singgah, Bila tidak disapa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang palung di atas bukit, Penyimpai mari Hulu Pemarang; Bertiang gantung barang sedikit, Buat bakul menyandang barang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Adapun hajat sebenar hajat, Idaman orang siang dan malam; Adapun adat sebenar adat, Bertiang kepada ajaran Islam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas