Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertiga

Puisi
 

Layang emas terbang bertiga,
     Mari hinggap di pohon kelapa;
Kapal emas sauh suasa,
     Abang nak minta jadi nakhoda.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari/daripada kawasan sekolah. 2) Dia turun dari/daripada motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada/kepada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari/daripada pejabat. 5) "Saya dari/daripada sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari/daripada bilik air.

Berikut ialah jawapan bagi soalan saudara:

1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari kawasan sekolah.

2) Dia turun dari motor dan mendapatkan kawannya.

3) "Apa kamu buat pada dia?"

4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari pejabat.

5) "Saya dari sekolah khas."

6) Adrul segera keluar dari bilik air.

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Tatabahasa14.11.2011
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih.Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu.Tatabahasa19.07.2012
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya ada 2 soalan; 1. Perkataan adalah/seperti, yang manakah sesuai digunakan dalam ayat ini. .. Jadual bagi pelarasan teknikal adalah/seperti dalam/di Jadual 1. 2. penggunaan tanda koma pada perkataan IAITU. diletakkan sebelum perkataan IAITU atau selepas perkataan IAITU. Sekian, terima kasih atas bantuan.1. Jadual bagi pelarasan teknikal seperti dalam Jadual 1.
2. Tanda koma digunakan sebelum perkataan iaitu, contohnya: Mereka bertiga, iaitu Amin, Asrul dan Zaim telah pergi berkelah. 
Tatabahasa04.02.2015
Apakah perbezaan di antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"?

Berikut ialah perbezaan dari segi makna perkataan ”bertanyakan” dan “menanyakan” berdasarkan Kamus Dewan Perdana (KDP)  terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

 i.  Bertanyakan -  bertanya tentang sesesuatu atau seseorang. Contoh ayat, “Zahid dan Amir sibuk bertanyakan kamu bertiga

ii.  Menanyakan -   kata pasif bagi ditanyakan atau tanyakan. Bertanya tentang sesuatu kepada seseorang. Contoh ayat, "Pada kali ini, dia hendak menanyakan sesuatu kepada Dr. Rosni” 

Tatabahasa02.05.2023
Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan "ngam" digunakan dalam media pengiklanan memandangkan perkataan itu sudah menjadi kebiasaan orang ramai? Contohnya, "Tawaran ini sangat hebat. Memang ngam!"

Perkataan “ngam” menurut Kamus Dewan Perdana (halaman 1531) bermaksud sesuai atau kena benar, atau sangat baik dan sehaluan dalam segala perkara yang dilakukan.

Perkataan “ngam” merupakan bahasa basahan atau percakapan (kolokial) dan tidak dibolehkan penggunaannya dalam konteks rasmi. Iklan merupakan ranah rasmi dengan penggunaan bahasa yang baku dan gramatis.

Penggunaan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan “ngam” ditunjukkan dalam contoh ayat yang berikut:

1. Baju ini sesuai dengan badan awak.

2. Hubungan kami bertiga sangat akrab/baik sejak kecil.

Tatabahasa04.07.2023

Kembali ke atas