Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertiga

Puisi
 

Layang emas terbang bertiga,
     Mari hinggap di pohon kelapa;
Kapal emas sauh suasa,
     Abang nak minta jadi nakhoda.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKATAN BERTIGA

Pakatan Bertiga bermakna perjanjian tiga kali

ganda. Apabila tercetusnya Perang Dunia I pada

tahun 1914, kuasa utama Eropah membentuk dua

kuasa yang bertentangan. Jerman, Austria-Hungary

dan Itali membentuk Perikatan Bertiga, manakala

United Kingdom , Perancis dan Rusia membentuk

Pakatan Bertiga (lihat Perikatan Bertiga).

UMUM 
PERIKATAN BERTIGA

Perikatan Bertiga ialah perjanjian pertahanan

antara Austria-Hungary, Jerman dan Itali.

Perjanjian ini berkuat kuasa dari tahun 1882

sehingga Perang Dunia I.

UMUM 
ORANG BERTIGA

ORANG BERTIGA, antologi puisi. Antologi yang mengandungi puisi karya Noor S.I., A.S. Amin dan M. Ghazali ini diselenggarakan oleh Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad. Antologi ini diterbitkan pada tahun 1980 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Orang Bertiga mengandungi 147 buah puisi, iaitu 78 buah puisi Noor S.I., 35 puisi A.S. Amin dan 34 buah puisi M. Ghazali.

SASTERAKarya
SOPHOCLES

Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406

S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat

antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi

penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling

awal daripada mereka bertiga – dan Euripides.

Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka

mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama

yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari

drama sebabak.

UMUM 

Kembali ke atas