Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ti.ga] | برتيݢ

Definisi : sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertiga

Puisi
 

Layang emas terbang bertiga,
     Mari hinggap di pohon kelapa;
Kapal emas sauh suasa,
     Abang nak minta jadi nakhoda.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu.
Kurik Kundi Merah SagaLayang emas terbang bertiga, Mari hinggap di pohon kelapa; Kapal emas sauh suasa, Abang nak minta jadi nakhoda.
Kurik Kundi Merah SagaAnak punai anak merbah, Terbang bertiga anak helang; Tuan sayang lagi berubah, Kononlah pula di hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaSingapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Kurik Kundi Merah SagaApi dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak.
Kurik Kundi Merah SagaBerapa tinggi Bukit Semambu? Buah manggis bertimang dua; Kami bertiga umpama tebu, Habis manis hampas dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaDaging ada berbatang tiga, Orang berjemur di batang padi; Saya hendak kasih bertiga, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa jatuh telaga, Berilah makan si batang keladi; Saya berdua atau bertiga, Lainlah orang jangan peduli.

Kembali ke atas