Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : padi yg digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya: kemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar; spt ~ digoreng = spt ~ direndang bunyi senapang yg tidak berputusan;membertih 1. menjadi bertih: padi sudah mulai ~ di dlm kuali; 2. berbunyi spt bertih digoreng: tembakan yg ~ berlarut-larutan sehingga dinihari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertih I

Puisi
 

Padi pulut padi Melaka,
     Belum direndang bertih dahulu;
Hati perut hati celaka,
     Belum dipandang dah kasih dulu.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BERTIH

BERTIH, padi yang digoreng tanpa minyak atau disangai dan digunakan sebagai salah satu bahan dalam upacara tradisional.  Bertih juga diperbuat daripada jagung dan apabila digaul dengan gula atau manisan, menjadi sejenis kudapan yang enak.  Bertih daripada jagung merupakan bertih untuk dimakan semata-mata.

BUDAYAMakanan
JAGUNG BERTIH UMUM 

Kembali ke atas