Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk menghasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai perkataan kubarasa yang bermaksud sifat bertindak balas apabila dirangsang (bukan hidupan) dalam ruang sesawang prpm. Apakah maksud bukan hidupan? Adakah bukan hidupan bermaksud air, air, udara? Adakah sesuai untuk saya guna pakai istilah kubarasa semula jadi untuk mengambarkan bangunan direka bentuk untuk bertindak balas secara semula jadi dengan elemen alam.Yang dimaksudkan bkn hidupan dalam entri kamus itu ialah berkenaan hidupan (bukannya bukan hidupan) seperti manusia dan tumbuh-tumbuhan. Bangunan tidak termasuk dalam hidupan.Tatabahasa05.05.2017
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak anda kerana bertindak balas dengan serta merta setelah pertanyaan saya dihantarkan. Kecuali dari peribahasa, ada apa lagi tajuk yang saya boleh rujukkan untuk mendapat maklumat tentang bandingan semacam atau bahasa kiasan seperti pertanyaan yang saya buat sebelum ini? Terima kasih.

Buku-buku yang mungkin boleh dijadikan rujukan saudara ialah:

1. Peribahasa Sekolah Menengah , Asiah Abdul Rahman, DBP 2008.

2. Kamus Peribahasa Melayu ke Inggeris edisi kedua, Shamsuddin Ahmad, PTS 2007.

3. Minda Melayu, Penyelenggara Anwar Ridhwan, DBP 2008.

4. China- Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Abdul Rahman Hj Ismail, DBP 2001

Ada judul yang saya tidak ingat , ditulis oleh Amir Muslim, tentang peribahasa Melayu dan peribahasa Inggeris yang sepadan/sesuai. Mungkin buku ini boleh dicari di kedai buku di luar DBP.

Penyelidikan27.04.2011
Tuan, Mohon bantuan untuk menyemak terjemahan yang betul bagi "how well" dalam teks sumber di bawah. Pada teks terjemahan ia diterjemah sebagai "berapa baik". Teks Sumber: Genomic (DNA/RNA) testing will be used to identify specific genetic variants that could show your cancer risk, how well your cancer might react to treatment, and which treatments might work best in your body. Teks Terjemahan: Ujian genom (DNA/RNA) akan digunakan untuk mengenal pasti varian genetik khusus yang boleh menunjukkan risiko kanser anda, berapa baik kanser anda bertindak balas terhadap rawatan, dan rawatan mana yang mungkin bertindak paling baik dalam tubuh anda.Terjemahan yang betul bagi "how well" dalam ayat tersebut ialah "seberapa baik". Selain menunjukkan bilangan, awalan se pada perkataan "seberapa" juga boleh membawa maksud "berapa mungkin" atau "hingga (sampai)".
Penyemakan dan penterjemahan04.10.2019
Salam apakah perbezaan antara interaksi dan interaktif? Apakah contoh ayat yang bersesuaian dengan perkataan itu?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) hlmn. 835, interaksi dan interaktif bermaksud:

Interaksi
Tindak balas antara dua atau beberapa pihak dalam bentuk komunikasi, perbuatan, tingkah laku dan sebagainya.

Contoh ayat: Kemajuan dalam bidang pengangkutan telah merapatkan lagi hubungan dan interaksi Kuala Lumpur dengan bandar-bandar yang lain.

 

Interaktif
1. (Kata Adjektif) Saling bertindak, berhubung dan sebagainya antara satu sama lain.
    
Contoh ayat: Bengkel kerja itu dapat mewujudkan suasana interaktif bagi menjalin hubungan 
    antara penggubal dasar, badan pengawalan dan industri.


2. (Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi) (Berkenaan perisian) membolehkan pengaliran
    maklumat dua hala secara berterusan antara komputer dengan pengguna.
    
Contoh istilah: permainan komputer interaktif



Makna09.01.2024

Kembali ke atas