Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk menghasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
SEL BAHAN API

Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan

elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu

bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api

dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada

dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik

berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik

terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara

yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri

adalah bahan api dan pengoksida dan habis

digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel

bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah

dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah.

UMUM 
METALOGRAFI

Metalografi ialah kajian tentang struktur

dalaman logam dan aloi. Istilah ini juga boleh

digunakan dalam kajian tentang seramik dan

komposit, iaitu gabungan logam dengan serat

bukan logam. Ahli metalografi menentukan

bagaimana bahan akan bertindak balas dalam

keadaan tertentu, seperti dalam keadaan panas

atau sejuk melampau. Industri bergantung pada

metalografi untuk menghasilkan, menguji dan

memperbaiki keluaran seperti misil dan kapal

angkasa. Ahli metalografi mengkaji sampel bahan

menggunakan sinar-x dan mikroskop. Mikroskop

elektron yang berkuasa tinggi membantu mereka

mencipta bahan baru.

UMUM 
PERSEPS

Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita

dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari

dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita

mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal.

Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari

organ-organ deria yang bertindak balas dengan

tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak

gelombang radiasi elektromagnetik merangsang

mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis

getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula

adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan

kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita

bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan

pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa

sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi,

tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan

dan kedudukan tubuh.

UMUM 
ANTIDOT

Antidot ialah bahan yang melawan tindakan

berbahaya racun di dalam tubuh. Sesetengah

antidot bertindak secara kimia terhadap racun untuk

menjadikannya tidak berbahaya. Antidot-antidot

lain menghasilkan tindakan yang melawan tindakan

racun. Tetapi antidot-antidot lain boleh mencegah

sel badan tertentu daripada bertindak balas

terhadap kesan racun. Antitoksin adalah sejenis

antidot khas (lihat Antitoksin ).

UMUM 
KOBALT

Kobalt ialah unsur logam berwarna putih perak

yang digunakan terutamanya dalam aloi. Kobalt

mempunyai banyak sifat besi dan nikel. Ketiga-tiga

logam ini adalah keras dan bermagnet,

dan ia bertindak balas dengan asid biasa untuk

menghasilkan hidrogen.

UMUM 
SIANIDA

Sianida ialah nama garam logam yang

mengandungi kumpulan CN (atom karbon yang

terangkai kepada atom nitrogen). Natrium sianida

(NaCN) dan kalium sianida (KCN) adalah bahan

kimia industri yang penting. Kedua-duanya

digunakan dalam proses memisahkan emas dan

perak daripada bijih, dan dalam proses

pengerasan logam. Asid kuat bertindak balas

dengan logam sianida untuk membuat gas beracun

hidrogen sianida (HCN). Sianida organik adalah

nitril . Akrilonitril, yang dibuat daripada sianida,

adalah penting dalam pembuatan fabrik, plastik,

dan getah sintetik. Ahli kimia menggunakan larutan

sianida dalam elektropenyaduran dan dalam

pembuatan ubat dan lain-lain bahan kimia. Lihat

juga Asid prusik; Kebuk gas.

UMUM 
ANTIBODI MONOKLONAL

Antibodi monoklonal ialah jenis khusus

molekul protein yang dihasilkan di makmal.

Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi

oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila

bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan

asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini

dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula

jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak

antibodi yang bertindak balas dengan banyak

antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan

hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan

antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen

tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah

menunjukkan harapan dalam penyelidikan

perubatan.

UMUM 
PIRIT

Pirit atau kadangkala dikenali sebagai “emas

palsu”, ialah sebatian besi dan sulfur, FeS. Nama

lain baginya ialah pirit besi. Pirit didapati di

banyak tempat dan sering disalah anggap sebagai

emas. Ia boleh dibezakan daripada emas dengan

memanaskannya. Emas tulen tidak akan bertindak

balas apabila dipanaskan, tetapi pirit akan berasap

dan mengeluarkan bau busuk.

UMUM 

Kembali ke atas