Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk menghasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berbuat atau melakukan sesuatu sbg reaksi kpd sesuatu tindakan atau kpd perbuatan lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photoreceptor cellssel fotoreseptorVeterinarPraklinikalSel yang melapik retina. Fotoreseptor bertanggungjawab mengesan dan bertindak balas kepada cahaya. Terdapat dua jenis sel fotoreseptor; iaitu rod dan kon. Rod terletak di periferi pandang; bertindak balas kepada cahaya berkeamatan rendah dan dikaitkan dengan penglihatan waktu malam. Kon pula terletak di fovea; bertindak balas kepada cahaya berintensiti tinggi dan dikaitkan dengan penglihatan waktu siang.
cross-reacting antibodyantibodi tindakan balas silangSains ForensikTiadaAntibodi yang boleh bertindak balas dengan antigen selain daripada antigen khusus yang mengaruh penghasilannya. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, antibodi yang bertindak balas dengan metamfetamina juga boleh bertindak balas terhadap pseudoefedrina dan tindakan balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu. Lihat juga positif palsu.
antiantibodyantiantibodiPerubatanTiadaAntibodi yang bergabung dengan molekul imunoglobulin yang telah bertindak balas dengan antigen tetapi tidak dengan imunoglobulin yang belum bertindak balas.
irreversible reactiontindak balas tak berbalikKimiaTiadaTindak balas yang berlaku pada satu arah. Dalam tindak balas ini, bahan-bahan bertindak balas sehingga satu atau semua bahan habis bertindak balas dan hasilnya tidak dapat bertindak balas sesama sendiri untuk menghasilkan bahan tindak balas asal. Misalnya, tindak balas di antara natrium hidroksida dengan asid hidroklorik untuk menghasilkan natrium klorida dan air.
basic compound groupkumpulan sebatian berbesHerbaFitokimiaSebatian organik bersifat bes yang bersedia untuk membentuk garam apabila bertindak balas dengan asid. Contohnya, morfina membentuk garam ammonium morfina apabila bertindak balas dengan asid hidroklorik. Pada umumnya, sebatian berbes ini mengandungi unsur nitrogen. Lihat juga alkaloid.
nanoparticle reactivitykereaktifan nanozarahFizikNanoteknologiKeaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm.
masking agentagen penopenganKimiaKimia AnalisisReagen yang dapat digunakan untuk bertindak balas dengan spesies yang mengganggu dalam suatu penentuan. Misalnya ion ferik dapat ditopengkan oleh ion fluorida untuk membentuk FeF3-6 yang stabil dan tidak bertindak balas dengan reagen lain.
digestive enzymeenzim saluran pencernaanVeterinarTiadaEnzim endogen yang dihasilkan oleh kelenjar pada organ-organ tertentu dalam sistem pencernaan haiwan. Contohnya, enzim amilase dari kelenjar liur yang bertindak balas terhadap kanji, pepsin dari dinding perut yang bertindak balas terhadap protein dan lipase dari dinding usus yang bertindak balas terhadap lemak dan lipid. Terdapat juga enzim-enzim pencernaan yang dikeluarkan oleh organ-organ aksesori seperti kimotripsin dari pankreas dan hempedu dari hepar. Enzim-enzim ini mempunyai sifat khusus dari segi aktivitinya dan bertindak terhadap sesuatu sebatian untuk menghasilkan unit-unit terkecil nutrien supaya mudah diserap.
extent of dispersiontakat sebaranKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah jumlah permukaan atom mangkin yang terdedah dan bersedia untuk bertindak balas terhadap jumlah permukaan atom yang ada. Takat sebaran ialah satu jika kesemua atom yang ada terdedah dan bersedia untuk bertindak balas.
cross-reacting antigenantigen tindak balas silangSains ForensikTiadaAntigen yang boleh bertindak balas dengan antibodi yang penghasilannya diaruh oleh antigen lain. Dalam ujian toksikologi forensik dengan imunoasai, pseudoefedrina boleh bertindak balas terhadap antibodi yang dirangsangkan oleh metamfetamina dan tindak balas silang seperti ini boleh membawa kepada positif palsu.
12345678910...

Kembali ke atas