Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.to.le.ran.si] | برتولرنسي

Definisi : mempunyai atau menunjukkan toleransi: Islam telah menyediakan garis pan­duan yg jelas utk membina suatu masyarakat yg bersatu padu, ~ dan maju; kerajaan tidak akan ~ lagi jika masih ada pihak yg cuba mewujudkan kawasan setinggan baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.to.le.ran.si] | برتولرنسي

Definisi : menunjukkan tole­ran­si: Masyarakat hidup aman damai, bersatu padu dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertoleransi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
racial intolerancetak bertoleransi rasSosiologiTiadaTiada
individual distancejarak individuBiologiEkologiJarak antara individu dalam kumpulan organisma sosial tertentu, apabila individu berkenaan tidak dapat bertoleransi dengan organisma yang datang mengganggu. Jarak ini juga merujuk pada jarak apabila individu yang berkenaan tidak akan mendekati individu lain. Jika jarak tersebut kurang daripada jarak minimum bagi spesies tersebut, kedua -dua organisma itu akan berlawan.
xenophobiaxenofobiaSains PolitikPolitik PerbandinganSikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid.
beliefkepercayaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPegangan agama atau keyakinan moral seseorang. Pegangan ialah salah satu hak sivil dan politik yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa. Piawaian yang mengawal selia kebebasan beragama dan kepercayaan terdapat dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, yang memperuntukkan bahawa �Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara berkomuniti dengan orang lain dan di khalayak ramai atau di tempat persendirian, untuk menzahirkan agamanya atau kepercayaannya dalam bentuk ajaran, amalan, penyembahan dan ketaatan.� Walau bagaimanapun, Islam melindungi kebebasan suara hati dan pemikiran manusia dan mengajar penganutnya supaya menghormati dan bertoleransi terhadap semua agama kerana al-Quran dengan jelas menegaskan bahawa �Tidak harus ada sebarang paksaan dalam urusan agama.� [2:257] Ini bermakna, tiada paksaan atau kekangan dalam hal-hal kepercayaan atau ketidakpercayaan. Namun, kedudukan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tidak selari dengan pandangan Islam yang umum mengenai murtad. Bagi yang sudah pun beriman dengan Islam dan kemudian meninggalkannya, mereka telah melakukan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Menurut majoriti besar ulama Islam, perbuatan murtad jatuh di bawah kesalahan hudud yang membawa kepada hukuman mati.

Kembali ke atas