Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bertukar NyawaZubaidah Haji MahmoodMingguan Wanita26.09.1986
Bertukar Pandang Dan SenyumanKhadijah HashimUtusan Malaysia11.03.1991
Bertukar Sayang Berganti KasihAbdul Rahim KajaiBerita Minggu01.04.1967
Bertukar Ke Ibu PejabatZakry AbadiBacaria13.12.1986
Penghinaan bertukar kepada penghargaanRaymond MajumahHarian Ekspres19.04.2009
Kelawar BertukarAbizaiBerita Harian24.01.2009
Pasangan bertukar rupa diri dalam Cerita Anggun Cik Tunggal.( Cerita Lipur Lara - bahagian 7 )TiadaBerita Harian02.01.2007
Kaca Bertukar PermataZufirdahCitra11.12.1995
Kepada bertukar jadi lintahMarzuki Nyak AbdullahMingguan Wanita24.10.1985
Penerbit bertukar nama royalti pun tidak di bayar ...Suhaimi Mohd. SallehUtusan Zaman16.06.1991
12345

Kembali ke atas