Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.kar] | برتوکر

Definisi : 1 memberikan ganti kpd apa-apa yg diterima; saling mem­beri: Mereka ~ hadiah. 2 berubah menjadi rupa atau bentuk yg lain: Cuaca pun ~ drpd panas terik menjadi sejuk. 3 berganti dgn yg lain; bersalin (pakaian dll): Aku hendak ~ pakaian. 4 berpindah ke tempat atau ke rumah lain: Ayahnya sudah ~ ke Kuala Pilah. ~ fikiran a. berbincang; berbahas. b. berubah pen­­dapat atau berubah fikiran. c. gila. ~ haluan berubah arah. ~ kulit bersalin kulit drpd yg lama kpd yg baru. ~ tangan menjadi milik atau hak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hari Rejab bulan Syaaban,
     Tidak hari bertukar tahun;
Jikalah sekejap rasa sebulan,
     Tidakkah sehari rasa setahun?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
OLE (object linking and embedding)PBO (pautan dan benaman objek)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi perisian Microsoft yang membolehkan pelbagai perisian Windows bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain. Contohnya dokumen pemproses yang memiliki keupayaan OLE boleh mengandungi pautan kepada carta dalam perisian hamparan elektronik. Apabila butir-butir bertukar dalam dokumen pemproses kata, carta dalam perisian hamparan elektronik akan turut bertukar.
ionization of gaspengionan gasMatematikTiadaProses sesuatu gas terion apabila sebilangan kecil atomnya bertukar menjadi ion, dan gas itu kemudiannya menjadi konduktor elektrik. Oleh sebab bintang mempunyai suhu yang amat tinggi, maka sebahagian besar gas di dalam atmosferanya bertukar menjadi ion.
commuting operatoroperator bertukar tertibKimiaTiadaTiada
on transferyang bertukarPentadbiranTiadaTiada
closed commutation relationhubungan bertukar tertib tertutupMatematikTiadaTiada
converted seismic wavesgelombang seismos bertukarFizikTiadaTiada
modulo-N switch-tail counterpembilang ekor bertukar modulo-NKejuruteraanTiadaTiada
discolourationperubahan warnaPerubatanTiadaProses bertukar warna, termasuk menjadikannya pudar atau berstain.
discolourationperubahan warnaKesenianTiadaProses bertukar warna, termasuk menjadikannya pudar atau berstain.
fumigantfumiganPerubatanTiadaSebatian yang bertukar menjadi asap, wap atau gas semasa fumigasi.
12345678910...

Kembali ke atas