Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.lis] | برتوليس

Definisi : ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.lis] | برتوليس

Definisi : mempunyai tulisan; ada tulisannya; bersurat: Kertas itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Peringkat Daerah Klang Zon Selatan 2.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Daerah Klang Zon Selatan 3.Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang Antara tiga ayat di atas , yang mana satu betul ? Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia SJKC Zon Selatan Daerah Klang", jika zon selatan tersebut dalam daerah Klang.Tatabahasa16.06.2011
Dari segi pengiklanan dalam medium bertulis seperti surat khabar atau papan iklan, bolehkah saya menggunakan - Mmmmmmmm Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Mmmmmmmm di sini merujuk pada keenakan menikmati(makan) sesuatu yang menyegarkan. Bagaimana pula jika saya menggunakan - Moooooooo Segarnya! - sebagai slogan iklan bertulis? Perkataan Moooooooo di sini merujuk kepada lembu yang akan dipaparkan bersama slogan kata ini. Tujuan dua perkataan tersebut dipanjangkan adalah untuk meniru bunyi sepertimana yang disebut secara vokal. Sila beri penjelasan, terima kasih.Untuk makluman penggunaan "Mmmmm" dan "Moooooo" tidak dibenarkan dalam iklan bertulis. Penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain17.11.2015
Salam Sejahtera , Syarikat kami ingin memohon dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk mandapatkan satu maklumbalas bertulis untuk maksud perkataan "ANU". Sekian Terima Kasih

Untuk makluman, perkataan “anu” orang (benda dan sebagainya) yang tidak disebut namanya. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan mahukan maklum balas secara bertulis, sila kemukakan pertanyaan secara bertulis kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 

Lain-lain11.08.2020
apakah pengertian filologi dari sudut sasteraSecara umum, filologi bermaksud kajian saintifik terhadap bahasa dan kesusasteraan. Dalam pengertian yang lebih khusus filologi ialah ilmu pengkajian naskhah yang bercetak atau bertulis tangan. Kajian ini meliputi semua bahan bertulis  atau bahan kesusasteraan  untuk dihubungankan dengan konteks kebudayaan dan masyarakat pada masa naskhah itu ditulis. Kajian yang dilakukan tidak sahaja terbatas pada naskhah lama tetapi meliputi juga naskhah semasa.Lain-lain04.09.2008
Untuk jilid al-Quran bercetak: Adakah ditulis "mashaf" atau "mushaf"? Merujuk PRPM, mashaf ialah jilid (naskhah) al-Quran yg bertulis tangan. Sedangkah "mushaf" tidak tercatat dalam PRPM. Perkataan "mushaf" banyak digunakan untuk merujuk kepada al-Quran bercetak. Contohnya: Mushaf Qiyam dan Mushaf al-Quran. Merujuk perkataan Arab, "mushaf" bermaksud al-Quran yang dijilidkan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Mashaf dan mushaf merujuk naskhah al-Quran yang bertulis tangan, namun Kamus Dewan merakamkan ejaan mashaf dalam entrinya. Maksud mashaf/mushaf betul jika dirujuk etimologi kata dan sejarah peradaban Islam kerana asalnya salinan al-Quran dalam bentuk tulisan tangan. Dalam konteks al-Quran yang ada mutakhir ini lazimnya ditulis nama al-Kitab itu semata, iaitu al-Quran. Tatabahasa27.04.2015
prasasti perakam bahasa melayu bertulis.benar atau tidak?apakah bukti-buktinya?Saudara boleh rujuk bahan-bahan berkaitan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau pusat bahasa di IPTA/IPTS.Lain-lain22.10.2009
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulisBahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan  dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. Lain-lain09.02.2008
Salam, saya telah menjumpai notis yang bertulis "Dilarang!!! Mengsquishy Squishy" di sebuah kedai yang menjual permainan. Minta alternatif bagi kenyataan ini dalam bahasa Melayu yang betul. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan “mengsquisy” tiada dalam bahasa Melayu. Antara cadangan padanan ayat bahasa Melayu yang sesuai ialah:



1. Dilarang memicit objek ini.

2. Dilarang menekan objek ini.



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.
Makna29.03.2021
Butik pakaian saya telah berpindah ke alamat baru. DBKL mahukan kebenaran bertulis mengenai papan tanda iklan saya. Sebelum ini memang telah mendapat kebenaran daripada DBP tetapi salinannya telah hilang. Bolehkah saya mendapatkan semula salinannya dan berapakah kos nya? Atau adakah saya perlu membuat semula kebenaran baru daripada pihak DBP? Bagaimanakah caranya dan apakah dokumen yang perlu saya bawa untuk proses ini? Sekian terima kasih
Untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila kunjungi Bahagian Penguatkuasaan,  Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Tuan atau wakil tuan boleh datang dan membawa  dua visual iklan untuk semakan. Untuk makluman tuan, tiada caj yang dikenakan untuk semakan bahasa buat masa ini tetapi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Lain-lain02.02.2017
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan.

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan.

Ejaan03.09.2010
12345678910...

Kembali ke atas