Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); 4. ki mendapat tempat ber­pegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini. 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Terbang bertumpu,
     hinggap mencengkam.

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
converge~ on, bertumpu ke: hundreds of people were converging on the sports ground, beratus-ratus orang sedang bertumpu ke padang sukan; all railway lines ~ on the city, semua jalan kereta api bertumpu ke bandar raya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gravitatevi 1. be drawn by natural force, ditarik oleh daya graviti; 2. move in particular direction, bertumpu: people are gravitating towards the cities in increasing numbers, bertambah ramai orang yg bertumpu ke bandar raya; the soldiers ~d to the bar, askar-askar itu bertumpu ke bar; 3. sink, settle, mendap: the sediment has ~d to the bottom of the dam, endapan itu telah mendap ke dasar empangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Anglocentricityn sifat bertumpu pd Inggeris.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
convergevi 1. (of lines, roads, etc) move towards same point, bertemu, bertumpu: the two lines ~ at point A, kedua-dua garis itu bertemu di titik A; 2. (of interests, tendencies) menjurus (ke suatu titik);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lever~ os up, /bangun, bangkit/ dgn susah: the injured man ~ed himself up by using his walking stick, lelaki yg cedera itu bangun dgn susah dgn bertumpu pd tongkatnya; ~ st up, /menuil, mengumpil, mengungkil/ sst: to ~ up the stone, menuil batu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lever~ os up, /bangun, bangkit/ dgn susah: the injured man ~ed himself up by using his walking stick, lelaki yg cedera itu bangun dgn susah dgn bertumpu pd tongkatnya; ~ st up, /menuil, mengumpil, mengungkil/ sst: to ~ up the stone, menuil batu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
concentratevi 1. focus effort, attention, menumpukan perhatian: he is concentrating on his work, dia sedang menumpukan perhatian pd kerjanya; we should ~ on increasing productivity, kita patut menumpukan perhatian pd peningkatan daya pengeluaran; 2. converge, gather, bertumpu: the immigrant population tended to ~ in cities, penduduk imigran biasanya bertumpu di kota-kota;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
specializationn pengkhususan: the young doctor has put aside all thoughts of ~ for the present and is going into general practice, buat masa ini, doktor muda itu melupakan keinginannya utk membuat pengkhususan dan dia akan bertumpu pd perubatan umum.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas