Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); 4. ki mendapat tempat ber­pegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tum.pu] | برتومڤو

Definisi : 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini. 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,

Peribahasa

Terbang bertumpu,
     hinggap mencengkam.

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
running waterair mengalirGeografiTiadaAliran bertumpu atau tidak bertumpu yang mengalir di permukaan bumi.
systemic virusvirus sistemikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang hanya bertumpu kepada fail sistem yang terpenting pada sistem pengendalian komputer yang dijangkitinya, ataupun kepada atur cara CMOS komputer tersebut. Fail sistem ini mengawal pengagihan sumber sistem seperti ruang storan, ingatan utama, keutamaan pemprosesan, dan hak capaian. Virus sistemik boleh mengarahkan supaya sumber sistem komputer bertumpu kepada proses tertentu sahaja dengan menjangkiti fail sistem.
convergebertumpu; menumpuFizikTiadaTiada
convergebertumpu; menumpuKomunikasi MassaTiadaTiada
convergebertumpu; menumpuMatematikTiadaTiada
convergebertumpu; menumpuPerubatanTiadaTiada
convergent thinkingpemikiran bertumpuPendidikanTiadaTiada
convergent thoughtfikiran bertumpuSosiologiTiadaTiada
convergent thinkingpemikiran bertumpuSosiologiTiadaPemikiran yang bergerak ke arah nilai-nilai yang diterima secara sosial.
abutting tenonsputing bertumpuKesenianSeni BinaTiada
1234

Kembali ke atas