Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.rut] | برتوروت

Definisi : bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.rut] | برتوروت

Definisi : berikut atau bersusun dgn teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berturut

Peribahasa

Sudah basah kehujanan.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah hamba diperhambakan pula, c. Sudah jatuh ditimpa tangga, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa yang paling tepat: 1) Dua minggu berturut-turut 2) Dua minggu berturut 3) Dua minggu berturutanFrasa yang paling tepat ialah Dua minggu berturut-turutTatabahasa09.02.2018
Salam Bolehkah menggunakan imbuhan dan apitan yang berturut-turut seperti: Negara kita mengenakan dan menetapkan peraturan... Ataupun mengena dan menetapkan peraturan... Terima kasih.Apitan boleh digunakan secara berturut-turut seperti ayat pertama.Tatabahasa29.11.2022
Setahu saya, semasa di maktab perguruan, saya belajar konsonan bergabung ialah gh,kh,ng,ny dan sy. Jadi digraf ialah konsonan bergabung (dua konsonan berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi ). Adakah Klinik iaitu kl digraf? Saya juga belajar konsonan berganding (dua konsonan berturut-turut tetapi menghasilkan dua bunyi atau dipisahkan apabila dieja mengikut suku kata , contohnya hantar - nt ). Mengapakah buku teks BM tahun 3 (SJK(c) tidak sebut tentang konsonan berganding tetapi hanya digraf dan konsonan bergabung yang sama? Bagi kebanyakan guru, mereka menganggap konsonan bergabung bukan digraf tetapi konsonan berganding. Murid- murid telah belajar konsep yang salah. Bagi cucu saya, perkataan seperti promosi, klik,program ,,hibrid dan perkataan daripada b. Inggeris ialah konsonan bergabung. Sila jelaskan. Terima kasih.Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap. Untuk hal yang berkaitan dengan penerbitan buku teks Bahasa Malaysia termasuklah kandungannya, kami mencadangkan tuan menghubungi Editor yang bertanggungjawab, iaitu Puan Zaiton binti Ismail melalui talian 03-21479000 atau e-mel zaiton3@dbp.gov.my.

Tatabahasa10.12.2015
Adakah " cantiknya " adalah perkataan digraf???Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Contoh yang diberikan merupakan digraf pada ny bagi perkataan cantiknya.


Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa29.09.2015
adakah perkataan " sangat" merupakan digraf?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu. "Sangat" bukan diagraf.
Lain-lain24.08.2014
Adakah ng dalam perkataan "menghulurkan" ialah digraf?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, dan contoh yang tuan berikan ialah digraf.Tatabahasa01.03.2013
Apakah perbezaan antara "digraf"dan"kosonan bergabung"?Sekian terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa06.05.2014
Adakah "ng" dalam perkataan berikut merupakan digraf? -mengumpulkan -menggali -denganDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), dwihuruf, dwi­lambang, huruf rangkap.

Contoh yang diberikan merupakan digraf.
Tatabahasa22.04.2013
Adakah perkataan yang mengandungi digraph harus diikuti vocal baru dianggap digraph? Contohnya menyanyiDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.Tatabahasa14.06.2016
Apakah perbezaan antara digraf dan konsonan berganding? Mohon diberi beberapa contoh. Terima KasihDigraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tuan boleh merujuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa untuk rujukan lanjut berkenaan isu-isu tatabahasa terkini.
Tatabahasa23.05.2014
12345

Kembali ke atas