Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.tup] | برتوتوڤ

Definisi : ada tutupnya, memakai tutup (tu-dung): mangkuk ~; perempuan Islam bukannya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan lurangLurang bermaksud lubang konkrit bertutup di jalan utk membolehkan pekerja memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran.Makna21.08.2007
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
Saya ingin mengetahui istilah CCTV dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kamera litar tertutup atau kemera litar bertutup. terima kasih

Encik Nazri,

Padanan bahasa Melayu yang betul ialah kamera litar tertutup.

Istilah16.01.2010
Apakah perbezaan antara perkataan 'diliputi' dan 'diselubungi' dari segi penggunaannya? Tolong terangkan perbezaan itu dengan ayat contoh. Terima kasih.Dalam kamus Dewan liput bermaksud berselubung, bertutup, dipenuhi oleh. Oleh itu, diliputi sama maksudnya dengan diselubungi.Contoh ayat, wajah isterinya diliputi/diselebungi kemuraman.Makna04.03.2009
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan mengenai terjemahan bagi istilah "Alloy Closed Die Machined Forging Manufacturing Machinery". Sekian, terima kasih.terjemahan yang dicadangkan bagi alloy closed die machined forging manufacturing machinery ialah mesin pembuatan tempaan acuan bertutup aloiIstilah08.01.2016
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
Adakah 'jubah bertukup' padanan sesuai untuk istilah 'hooded robe'? (Saya sarankan cari gambarnya menggunakan kata kunci hooded robe di Google).

Dalam pangkalan data PRPM, tiada istilah khusus bagi perkataan " hooded robe".   Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang-bidang  lain yang menggunakan perkataan hooded iaitu bertukup. Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, frasa "hooded robe" membawa maksud "jubah bertutup kepala" 

Istilah20.12.2018

Kembali ke atas