Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.tur] | برتوتور

Definisi : bercakap, berbicara, berkata: calon-calon hendaklah boleh ~ dlm bahasa kebang-saan dgn fasih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.tur] | برتوتور

Definisi : bercakap; berbicara: Ia ~ dlm bahasa Melayu dgn fasihnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,

Puisi
 

Parang jongkong parang siharap,
     Diparangku dengan batang kelapa;
Tinggi gunung tinggi kuharap,
     Harap bertutur mulutmu berkata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah berbezaan: 1. antara ujaran dan bertutur 2. kemahiran ujaran dan kemahiran bertuturUjaran memabawa maksud sesuatu yang diucapkan atau disebutkan manakala bertutur pula membawa maksud bercakap atau berbicara. Menurut kamus dewan, kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Oleh itu, kemahiran ujaran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan pengucapan manakala kemahiran bertutur pula ialah kecekapan bercakap atau berbicara.

Lain-lain21.11.2020
Saya ingin bertanya tentang penggunan istilah: 1. Ujian Lisan 2. Ujian Lisan Bertutur 3. Ujian Lisan Mendengar Adakah istilah 2 dan 3 wujud sedangkan Lisan bermakna bertutur dan mendengar.Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan, frasa Ujian Lisan telah merangkumi maksud bertutur dan pemeriksa mendengar apa yang diucapkan.Tatabahasa17.07.2014
Adakah ayat–ayat yang berikut betul? 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain. 3. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak mengganggu perasaan orang lain.Ayat yang betul ialah:
1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya.
2. Kita mestilah bertutur dengan sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain.
Tatabahasa28.08.2015
Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu.Jawapan yang betul ialah "Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu."Ejaan30.08.2023
salam, sy aisyah, pelajar tahun 2 di UKM, kos Liguistik, sy merupakan pelajar luar negara, sy fasih menulis dan bertutur dalam bahasa melayu, dan fasih bertutur dalam basaha thai, boleh sy dapatkan syarat-syarat pemohonan Latihan Industri di DBP. Terima kasihTerima kasih atas pertanyaan dan minat saudari untuk mengikuti Latihan Industri di DBP. Sila kemukakan permohonan rasmi melalui pihak UKM menyatakan tempoh dan bidang kerja yang hendak dipelajari. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Aras 7, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain22.10.2012
Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh bertutur dalam dwi bahasa ,Tuan,Saya nak bertanyakan soalan Apakah kesalahan imbuhan di atas ?

Syahril mudah mendapatkan pekerjaan di syarikat yang ternama itu kerana dia boleh bertutur dalam dwibahasa.

Tatabahasa08.01.2021
Ingin tahu ayat kumpulan beriku mana yang betul atau tepat: Kumpulan A 1) Dia belajar bahasa Mandarin. 2) Kami berbahasa kantonis. 3) Orang Cina Pulau Pinang petah bertutur dalam bahasa Hokkein. Kumpulan B 1) Dia belajar Mandarin 2) Kami bertutr dalam kantonis. 3) Orang Cina Pulau Piang petah bertutur dalam Hokkein. Mandarin, Hokkein, Kantonis semuanya adalah loghat Cina, sesuaikah perkataan bahasa digunakan/diletak di hadapan loghat? Terima kasih.

Encik Tan,

Perkataan bahasa hanya digunakan bagi bahasa Mandarin sahaja. Manakala bagi Hokien,Kantonis tidak diletakkan perkataan bahasa di depannya. Tetapi bagi ayat kami berbahasa/bertutur bahasa Cina dalam loghat Kantonis, Hokien dan sebagainya adalah betul.

Tatabahasa24.06.2010
Assalamualaikum tuan. Berdasarkan entri kata "fasih" dalam kamus merujuk maksud berikut:Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mohon penjelasan tuan, bagaimanakah istilah "fasih digital" atau "kefasihan digital" diwujudkan dan apakah rasional memilih perkataan "fasih" bagi istilah tersebut?Istilah kefasihan digital terbentuk daripada istilah sumber digital fluency. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kefasihan (kelas kata nama) bermaksud hal atau keadaan fasih yang merujuk kata sumber fluency. Fasih mempunyai takrifan yang ketiga (3), iaitu tahu benar tentang sesuatu bidang. Oleh sebab itu, padanan istilah bahasa Melayu kefasihan digital menepati konsep digital fluency.Istilah10.01.2024
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ?

Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah.

Ejaan05.09.2023
bolehkah kata bantu aspek "belum" dan "pernah" digunakan serentak dalam ayat: CTH: Saya belum pernah ke sini.

Puan Norliza,

Ayat di atas tidak ada salahnya. Kita seharusnya berfikir dalam bahasa Melayu sebelum bertutur, dan begitu juga sebaliknya jika kita bertutur dalam bahasa Melayu sedangkan kita berfikir (menterjemahnya) dalam bahasa Inggeris maka ayat yang akan lahir tentu lebih cenderong mengikut tatabahasa Bahasa Inggeris

 

Tatabahasa16.04.2010
12345

Kembali ke atas