Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1. berbeza (drpd keadaan dsb yg asal atau yg semula jadi), menjadi lain: dia telah ~ drpd seorang yg gembira menjadi se-orang yg pendiam; penghidupan di kampung sudah banyak ~ sejak merdeka; 2. tidak tetap (keadaannya), setiap waktu lain, bertukar-tukar: suhu badannya tidak ~ walaupun hawa di kelilingnya tidak tetap; 3. tidak spt biasa atau sebelumnya, bertukar (warna, rupa, dll): ~ air mukanya apabila dia mendengar per-tanyaanku itu; 4. = ~ menjadi = ~ jadi = ~ kpd bertukar menjadi (sesuatu yg) lain: kertas akhbar yg lama ~ menjadi kuning; 5. Pr beralih (tempat dll), berpindah (dr yg dahulu), bertukar (arah dll): ~ dr sini kamu, Mat Som; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah]/[ber.u.bah] | براوبه

Definisi : 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Puisi
 

Nampak dari Kuala Segamat,
     Di situ banyak pokok pauh;
Berubah hati berdebar semangat,
     Kerana bertemu kampung bertuah.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
great sequence/variable starsjujukan besar/bintang berubahMatematikTiadaBintang yang kecerahannya berubah-ubah, yang dikelaskan kepada dua kumpulan utama, iaitu bintang berubah hakiki yang kecerahannya berubah akibat perubahan pada keadaan dalamannya, dan bintang berubah gerhana yang kecerahannya berubah akibat yang digerhanai oleh bintang yang satu lagi.
extrinsic variablesbintang berubah ektrinsikMatematikTiadaBintang berubah yang kecerahannya berubah-ubah disebabkan oleh proses luaran, contohnya, kecerahan bintang dedua gerhana.
semiregular variablesbintang berubah semisekataMatematikTiadaBintang berubah semisekata: Bintang berubah daripada jenis raksasa merah yang kalanya antara 40 hingga 150 hari. Magnitud mutlaknya kira-kira 0 hingga 1.
red variablesbintang berubah merahMatematikTiadaSekumpulan besar bintang berubah, termasuk bintang Mira dan bintang berubah tak sekata yang terletak di sebelah kanan atas gambar rajah bintang berdenyut Hertzsprung-Russell.
irregular variablebintang berubah tidak nalarMatematikTiadaBintang berubah yang tidak mempunyai kala yang tetap, yakni cahayanya berubah secara tidak menentu.
variable budgetbelanjawan berubahPentadbiranTiadaBelanjawan yang membezakan antara kos tetap dan kos berubah, dan menunjukkan cara perbelanjaan berubah mengikut tahap jualan syarikat.
intrinsic variable starsbintang berubah intrinsikMatematikTiadaBintang yang kecerahannya berubah secara tabii, tetapi bukan kerana gerhana. Bintang jenis ini termasuklah bintang berubah tidak sekata, nova dan bintang denyut.
absorption costingpengekosan serapanPentadbiran PerniagaanTiadaSuatu prinsip pengiraan kos barangan yang dikira berasaskan semua jenis kos pengeluaran iaitu kos tetap, kos berubah, dan kos separuh berubah.
fluxionalberubah-ubahKimiaTiadaMudah berubah.
variable costkos berubahPentadbiranTiadaKos yang berubah mengikut perubahan dalam tahap output atau jualan.
12345678910...

Kembali ke atas