Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : sentiasa atau sering kali berubah (bertukar), tidak tetap (keadaannya dll): cerita itu ~ dan bertokok tambah juga akhirnya mengikut kemahuan si pencerita-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bah.u.bah]/[ber.u.bah.u.bah] | براوبه-اوبه

Definisi : tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubah
Kata Terbitan : berubah, berubah-ubah, mengubah, memperubahkan, perubahan,

Peribahasa

Lidah bercabang.

Bermaksud :

Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan antara "naik turun" dan "berubah-ubah" bagi terjemahan perkataan "fluctuation"? Sila terangkan contoh penggunaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini. Terima kasih.Frasa "turun naik" dan "berubah-ubah" hanya kelaziman berbahasa sahaja, tiada apa salahnya. Kita boleh menggunakan kedua-dua frasa ini silih berganti mengikut konteks penggunaan dan ayat. Misalnya, 1. "Krisis ekonomi kini menyebabkan harga barang turun naik". Frasa "berubah-ubah" juga boleh digunakan dalam ayat 1. Ayat 2. Abu segan hendak turun naik tangga mahkamah itu. Contoh 2 menunjukkan frasa "berubah-ubah" tidak sesuai digunakan. Ayat 3. Hati Ahmat tidak berubah-ubah mengenai perasaan kepada Aminah. Frasa "naik turun" pula tidak sesuai menggantikan ayat 3 ini.  Terima kasih.Tatabahasa09.02.2015
apa maksud lestariLestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.02.2009
maksud lestarimaksud lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 932.Makna11.09.2008
apa itu pembangunan lestari?Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal.Makna11.06.2012
Apa beza antara mampan dengan mapanMapan bermaksud tidak berubah-ubah atau mantap, manakala mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).Makna19.09.2011
saya sering tertanya-tanya kenapa bahasa kita,Bahasa Malaysia selalu berubah-ubah dari masa ke semasa,seolah-olah tiada satu pendirian sebagaimana Bahasa Inggeris.sebagai contoh ejaan, kalau dulu dari ejaan lama ke ejaan baru,kemudian kembali ke ejaasn baeu semula.satu lagi contoh yang paling senang ialah penggunaan 'Bahasa Malaysia' dan 'Bahasa Melayu'.dulu pernah digunakan Bahasa Malaysia,ditukar kepada Bahasa Melayu, kemudian diguna kembali Bahsa Malaysia.? ini memberi kesan terutamanya para pelajar yang mungkin akan ketinggalan dengan perubahan terkini bahasa kita.mungkin pihak DBP boleh jelaskan dan mungkin juga dapatkan satu jalan penyelesaian.terima kasih

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dan menerima tempias dengan persekitaran luar terutamanya kemajuan sains dan teknologi yang memungkinkan bermacam-macam. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain. Perubahan itu datangnya daripada pelbagai faktor termasuklah faktor politik. Kerajaan mengumumkan penggunaan iatilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia atas alasan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi pada dasarnya bahasa Melayu tetap digunakan untuk tujuan ilmu dan peradaban.

Lain-lain28.10.2009
maksud pelestarianKata dasar pelestarian ialah lestari yang membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Perkataan ini berasal daripada Indonesia. Maksud bagi pelestarian pula ialah perlindungan daripada kemusnahan atau kerosakan. Contoh ayatnya, pelestarian sumber-sumber alam.Makna21.12.2006
Mohon semak tema untuk kovokesyen "Graduan Lestari Aspirasi Industri"Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa20.06.2015
maksud perkataan LESTARIBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lestari bermaksud  tidak berubah-ubah, kekal, tetap.Makna04.06.2009
maksud merewangMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merewang bermaksud 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll) 2. oleng (perahu dll)Makna03.07.2011
12345

Kembali ke atas