Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.cap]/[ber.u.cap] | براوچڤ

Definisi : 1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai; 2. ber-syarah, berpidato: beliau akan tiba esok dan ~ dlm satu rapat raksasa di padang Istana Maziah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.cap]/[ber.u.cap] | براوچڤ

Definisi : 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap. 2 bersyarah: Ia ~ dlm majlis itu selama 20 minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ucap (kata nama)
Bersinonim dengan ujar, bunyi, lafaz, kata, sebutan;,
Kata Terbitan : berucap, mengucapkan, ucapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tempat orang berucap & meletakkan nota di atasnya adakah dipanggil rostrum?Mengikut Kamus Dewan, maksud rostrum ialah pentas orang berucap, mimbar (jika dlm masjid).Lain-lain04.10.2018
Antara berikut, yang manakah betul? 1. di / pada peringkat akhir 2. berucap di / pada / dalam majlis perasmianJawapan yang betul ialah 1.  pada peringkat akhir. 2. berucap  pada atau dalam majlis perasmian.Lain-lain09.12.2010
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam  majlis".  Oleh itu ayat yang  betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2.  b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Tatabahasa04.06.2021
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasihTetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa.Istilah12.04.2013
apakah perbezaan antara "yang" dengan "bahawa". contoh ayat, Ali mengakui ( ) dia sememangnya berasa gementar sewaktu berucap di perhimpunan sekolah petang tadi. jawapan A. yang B. jika C. andai kata D. bahawa nampaknya jawapan A dan D boleh diterima

Saudara/Saudari,

"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Contoh: Saya membeli baju yang berwarna hijau. "Bahawa" ialah kata hubung pancangan komplemen (kata komplemen), berfungsi sebagai pelengkap pada klausa utama. Contoh, Guru itu menyatakan bahawa Anita sangat rajin.

Jadi menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut kata pancangan 'bahawa' ialah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat tersebut.

Tatabahasa20.09.2012
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul.

1. Rostrum

2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut.

3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 

4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 

5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. 

Tatabahasa27.04.2010
Saya perlu mengucap dalam perhimpunan. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah: Saya perlu berucap dalam perhimpunan.Tatabahasa29.07.2023
Salam sejahtera; Tuan; 1. Bilakah "guru besar"perlu ditulis dengan huruf besar? 2. Guru Besar sekolah saya sedang berucap di atas pentas. Soalan: Dalam ayat di atas, perlukah frasa "Guru Besar" ditulis dengan huruf besar? Sekian, terima kasih.Guru besar ialah kata nama am sama seperti guru, namun apabila diganding dengan sekolah contohnya Guru Besar Sekolah Menengah Setapak maka ia menjadi kata nama khas.Ejaan30.09.2011
pengucap atau perucapEjaan yang betul ialah pengucap. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengucap bermaksud orang yang berucap.Ejaan09.03.2011
12

Kembali ke atas