Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.du]/[ber.u.du] | برودو

Definisi : bermusuhan, berseteru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.du]/[ber.u.du] | برودو

Definisi : larva katak atau kodok yg mempunyai badan yg bulat, panjang ekornya, dan insang luar; ~ besar di kubangan, buaya besar di lautan prb tiap-tiap orang besar di tempatnya; kerap sang ~ hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan prb tiada berdaya mencapai yg dicita-citakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.du]/[ber.u.du] | برودو

Definisi : anak katak yg masih menyerupai ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
udu (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, seteru, lawan, saingan, tentangan, tandingan;,
Kata Terbitan : berudu,

Peribahasa

Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar,
     awak masih juga di kubangan.

Bermaksud :

Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
berudutadpoleAnak katak yang berekor, bernafas melalui insang dan belum mempunyai kaki. Lihat RajahSekolah Rendah
insanggillOrgan pernafasan bagi haiwan akuatik khususnya ikan dan berudu. Bagi tumbuhan seperti cendawan, insang merupakan struktur bermembran yang pipih dan lebar.Menengah Rendah
larvalarvaSatu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas