Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.mur]/[ber.u.mur] | برعمور

Definisi : 1. mempunyai umur, berusia: tiap-tiap ahli Dewan Negara mestilah ~ tidak kurang drpd tiga puluh tahun; puisi Melayu moden telah ~ lima dekad; 2. sudah agak tua (lanjut) umurnya, tidak dapat dianggap muda lagi; penuntut-penuntut itu termasuk orang-orang muda dan juga yg sudah ~, dan drpd berbagai-bagai lapangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.mur]/[ber.u.mur] | برعمور

Definisi : 1 mempunyai umur; umurnya; usianya. 2 sudah agak tua atau sudah dewasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Berumur tidak kurang dari/daripada 30 tahun'. Apakah penggunaan yang lebih tepat, dari atau daripada?Ayat yang betul ialah "Berumur tidak kurang daripada 30 tahun".Tatabahasa04.08.2015
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
Kesalahan ayat: Datuk yang berumur 60-an masih bekerja kuat untuk menoreh getah pada setiap pagi.Ayat yang gramatis ialah Datuk yang berumur 60-an masih kuat bekerja dengan menoreh getah pada setiap pagi.Tatabahasa04.07.2012
Apa itu wargamas!!!! Ibu saya yang berumur 66 tahun terpaksa tunggu di Hospital Sultana Aminah Johor bahru bahagian (PEASAKI LUAR) selama 3 jam untuk ambil ubat.. Selepas mendapat nasihat doctor, lalu saya tumpang tanya dengan doctor "Ibu saya berumur 66 tahun, dia di category kan wargamas. Kenapa dia perlu tunggu sampai 3 jam" Doctor bercakap " NO WARGAMAS DI DISI CONSIDER 70 YEARS AND ABOVE" Adakah ini betul!!! Every state got different age for WARGAMAS... Help me to find-out.. Is't true!!!! Adakah ini benar..Warga emas ialah ungkapan yang sopan yang bermaksud orang tua. Walau bagaimanapun, had umur warga emas tersebut bergantung pada pihak tertentu termasuk hospital untuk mengklasifikasikannya. Saudara boleh juga menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat dari segi umur warga emas.Lain-lain13.06.2012
Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

  1. Day old Chick = anak ayam sehari
  2. Pullet = ayam dara
  3. Grower = ayam kecil
  4. Parent stock = stok induk
  5. Grandparent stock = stok tuai induk
  6. Pure line = keturunan tulen
  7. Broiler = Ayam pedaging
  8. Layer = Ayam penelur
Istilah30.01.2019
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun.Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betulTatabahasa12.02.2009
tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ?1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Tatabahasa12.11.2015
Pengisytiharan. Adalah dengan rasminya diisytihar kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 Tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 Dan layak dianugerahkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. * mohon semak kesalahan atau kesilapan ayat. terima kasih.Dengan rasminya diisytiharkan bahawa kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 dan layak dianugerahi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak.Tatabahasa09.10.2012
salam. Saya ingin bertanya, adakah peribahasa , 'tiang kampung' sesuai digunakan untuk menunjukkan sseorang yang berumur panjang.. terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, "tiang kampung" bermaksud orang yang tertua dalam kampung. Untuk makluman, tidak terdapat maksud "seseorang yang berumur panjang" dalam pangkalan data kami.Makna24.01.2013
Salam sejahtera, di sini saya ingin menyuarakan satu ketidakpuashatian terhadap Laman DBP. Saya hanya seorang pelajar yang berumur 14 tahun, namun saya amat cinta terhadap bidang bahasa dan sastera. Walaubagaimanapun, saya bersekolah di sekolah mubaligh yang sudah semestinya mengguna bahasa Inggeris apabila berkomunikasi kecuali dalam subjek-subjek tertentu. Pelbagai program yang dianjurkan di sekolah berkait rapat dengan bahasa Inggeris. Justeru, saya amat berbesar hati apabila mendengar tentang Rakan Dewan yang dijalankan oleh pihak DBP. Sayangnya, ia memerlukan ahli yang berumur 18 tahun ke atas. Saya juga mempunyai cita-cita setinggi langit untuk menjadi ahli sasterawan yang berjaya dan bergaul serta dapat berbincang dengan karyawan, sasterawan dan cendekiawan yang hebat-hebatbelaka seperti Usman Awang. Harap pihak DBP dapat mendengar keluhan saya. Saya juga ingin bertanya mengapakah ahli Rakan Dewan mesti berumur 18 tahun ke atas?Tahniah atas minat dan kecintaan saudara terhadap bahasa kebangsaan kita. Begitulah sepatutnya jati diri yang perlu ada pada setiap warga Malaysia. Tentang keahlian Rakan Dewan, ada baiknya suadara bertanya terus kepada bahagian yang berwenang, iaitu Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel pertanyaan kepada Ketua PDM, Puan Kamriah binti Abu Samah, kamariah@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2015
12345

Kembali ke atas