Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa.ya]/[ber.u.pa.ya] | براوڤاي

Definisi : 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa.ya]/[ber.u.pa.ya] | براوڤاي

Definisi : 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
magnetmagnetBahan yang berupaya mengenakan daya tarikan ke atas bahan yang diperbuat daripada besi.Menengah Rendah
organismaorganismHaiwan, tumbuhan dan hidupan yang berupaya menjalani proses hidup.Sekolah Rendah
zimasezymaseEnzim yang diperoleh daripada yis dan berupaya memecahkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida.Menengah Atas
antigenantigenProtein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi.Menengah Atas
penjana Van de GraaffVan de Graaff generatorPenjana yang berupaya menghasilkan kuantiti cas elektrik yang tinggi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrostatik.Menengah Rendah
sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS)Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS)Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit.Sekolah Rendah
herbivorherbivoreHaiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Herbivor mempunyai gigi yang disesuaikan untuk mengisar tumbuh-tumbuhan. Sistem pencernaannya berupaya untuk mencerna bahan selulosa. Contohnya, rusa dan lembu.Menengah Rendah
anemiaanaemiaPenyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan.Menengah Rendah
sindrom kurang daya tahan penyakitAIDSPenyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit.Menengah Rendah
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS)Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit.Menengah Atas

Kembali ke atas