Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.pa.ya]/[ber.u.pa.ya] | براوڤاي

Definisi : 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.pa.ya]/[ber.u.pa.ya] | براوڤاي

Definisi : 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capable guardianpenjaga berupayaKriminologiKeadilan JenayahSalah satu elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menyatakan bahawa individu atau sistem boleh atau berpotensi melindungi barangan bernilai atau keselamatan diri untuk tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, ibu bapa ialah penjaga berupaya bagi kanak-kanak, manakala sistem keselamatan ialah penjaga berupaya bagi barangan bernilai.
concioussedarPerubatanTiadaBerupaya bergerak balas terhadap rangsangan deria atau berupaya menghayati sesuatu pengalaman.
receptor elementunsur reseptorBiologiGenetikUnsur kawalan yang berupaya untuk menyisip masuk ke dalam sesuatu gen untuk menghasilkan mutasi dan juga berupaya untuk keluar daripada sesuatu gen dan menghasilkan mutasi yang tak stabil. unsur pengawal atur.
Lewis electronic theoryterori elektron LewisFarmasiTiadaKonsep asid-bes yang mentakrifkan asid sebagai sebatian yang berupaya menerima sepasang elektron dan bes sebagai sebatian yang berupaya menderma sepasang elektron.
lame duckkedudukan lemahSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting.
dinoflagellatedinoflagelatSains MarinTiadaKumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah.
homoiothermalhomoiotermaPerubatanTiadaBerupaya mengekalkan suhu badan yang malar, walaupun terdapat perubahan pada suhu persekitaran.
cancerogenickanserogenikPerubatanTiadaBerupaya untuk menyebabkan karsinoma.
cellulicidalselulisidalPerubatanTiadaBerupaya memusnah sel.
bactericidalbakterisidalPerubatanTiadaBerupaya memusnahkan bakteria.
12345678910...

Kembali ke atas