Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.ru.san]/[ber.u.ru.san] | براوروسن

Definisi : 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bang­­sa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg per­tama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penyeludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.ru.san]/[ber.u.ru.san] | براوروسن

Definisi : 1 mempunyai urusan (dgn); mempunyai hubungan dagang dsb (dgn): Setiap hari, dia ~ dgn penduduk-penduduk di situ. 2 mengerjakan (menjalankan, melakukan dsb) sesuatu: Hanya yg ~ saja yg dibenarkan masuk. 3 ada sesuatu perkara dsb yg harus diselesaikan: Dia balik ke kampung kerana ~ dgn kaum keluarganya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "dealing with" sama ada "berurusan tentang" atau "berurusan dengan"?Cadangan bagi perkataan dealing with ialah berurusan dengan.Penyemakan dan penterjemahan24.08.2021
BOLEHKAH SAYA BERURUSAN DENGAN DBP CAWANGAN SABAH UNTUK MENDAPATKAN PENERBITAN BUKU LATIHAN RUMUSAN SPM. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK TUJUAN PERRMOHONAN PENERBITAN BUKU LATIHAN TERSEBUT.

Saudara boleh berurusan terus dengan Unit Penerbitan, DBP Cawangan Sabah.

Bahan yang perlu disediakan ialah:

1. Manuskrip yang mempunyai ciri-ciri tersebut

-font saiz 12

-langkau 2 baris

-kertas A4

-disediakan CD writer

-Surat iringan yang menyatakan manuskrip tersebut untuk diterbitkan.

Kelulusan penerbitan manuskrip tersebut tertakluk kepada penilaian awal editor, dan kelulusan JKE/JKP

sekian.Terima kasih

Lain-lain04.03.2009
saya mohon teguran sama ada wujud kesalahan atau sebaliknya berkenaan ayat yang saya bina ini ; 1. "KLIEN YANG BERURUSAN DIMESTIKAN MEMAKAI MASK/PENUTUP MULUT" 2. " SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER " sekian terima kasih.Salam sejahtera,

1. PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA SEMASA BERURUSAN DI KAUNTER. ATAU PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA BERURUSAN.

2. SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER ANTARA PELANGGAN LAIN
Tatabahasa13.05.2020
Selamat pagi, sila dapatkan kebenaran (dari) pihak pentadbiran sebelum anda berurusan ....... tuan/puan... berdasarkan ayat di atas. penggunaan perkataan yang betul bagi perkataan di dalam kurungan adalah (dari ataupun daripada)... sebab setahu saya, penggunaan kata dari adalah untuk menunjukkan tempat. terima kasihFrasa yang betul ialah ... daripada pihak pentadbiran sebelum anda berurusanTatabahasa18.04.2009
Mohon penelitian ayat di bawah : Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital .....sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi perkhidmatan yang diberi kepada tuan/puan. Dengan cadangan yang telah diberikan, kami percayai ianya dapat membantu kami dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan. sekiranya pihak DBP ada cadangan ayat yang lebih baik, mohon cadangan jua. Sekian, terima kasih.Ayat tersebut boleh dibuat sedikit pindaan bagi memperkemas tatabahasanya, "Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital ... sentiasa berusaha untuk memperbaik perkhidmatan yang diberikan kepada tuan/puan".Tatabahasa06.02.2014
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh SeylanYAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB.Lain-lain23.06.2011
bagaimana kita nak berurusan dengan tokoh sastera dan bahasa untuk tujuan temuramah? saya seorang pelajar UPSI,di minta membuat kerja kursus berkaitan tokoh,,,Persediaan awal sebelum menemuramah tokoh sastera dan bahasa, antaranya ialah mengkaji latar belakang tokoh, taraf pendidikan, bidang dan kepakaran tokoh yang dipilih, penglibatan dalam organisasi atau badan-badan amal, sumbangan dan karya-karyanya. Dalam hal ini, bagi memperlengkapkan maklumat dan persediaan di pihak sdr, sdr bolehlah merujuk kepada buku Wawancara, (terbitan DBP) karya Prof. Emeritus Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar  dan buku Jambak I, Jambak II, Jambak III dan Jambak IV (terbitan DBP) yang  diselenggarakan oleh Kemala. Sekian dan salam.Lain-lain27.07.2009
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990

1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan.

2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll).

3. Tidak perlu digunakan tanda koma.

4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman.

Tatabahasa16.12.2009
saya ingin menerbitkan buku untuk dijual kepada pelajar sekolah. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penerbitan DBP. Bolekah berurusan di pejabat DBP cawangan Sabah.DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah.Lain-lain06.03.2009
Assalamualaikum saya ingin menghantar Manuskrip karya saya untuk diterbitkan dengan dbp. kepada pegawai dbp manakah yang perlu saya berurusan? Terima kasih.

PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Penghantaran manuskrip bolehlah dialamatkan kepada:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

 

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

sekian, terima kasih
Lain-lain21.09.2022
12345

Kembali ke atas