Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.ru.san]/[ber.u.ru.san] | براوروسن

Definisi : 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bang­­sa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg per­tama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penyeludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.ru.san]/[ber.u.ru.san] | براوروسن

Definisi : 1 mempunyai urusan (dgn); mempunyai hubungan dagang dsb (dgn): Setiap hari, dia ~ dgn penduduk-penduduk di situ. 2 mengerjakan (menjalankan, melakukan dsb) sesuatu: Hanya yg ~ saja yg dibenarkan masuk. 3 ada sesuatu perkara dsb yg harus diselesaikan: Dia balik ke kampung kerana ~ dgn kaum keluarganya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bibliopolebibliopolPerpustakaanTiadaSeseorang yang berurusan dengan buku terutamanya buku-buku nadir atau buku-buku yang aneh, ganjil tetapi menarik.
clientklienPendidikanTiada

 Individu yang berurusan dengan kaunselor atau ahli psikologi untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan mahupun rawatan.

public financekewangan awamPentadbiranTiadaBidang kewangan yang berurusan dengan pengurusan kewangan bagi agensi awam.
disk controllerpengawal cakeraKomputerTiadaUnit yang mengawal pengendalian pemacu cakera dan berurusan dengan unit pemprosesan pusat melalui sistem bas.
nonadmitted insurerinsurer tidak dibenarkanPentadbiran PerniagaanTiadaInsurer yang tidak berlesen untuk berurusan di kawasan tertentu.
frontline employeepekerja barisan hadapanPelanconganTiadaIndividu sesebuah organisasi yang mula-mula berurusan dengan pelancong.
line disciplinedisiplin barisTeknologi MaklumatTiadaJujukan operasi rangkaian yang menghantar dan menerima data, mengawal ralat semasa penghantaran, berurusan jujukan dengan set mesej (seperti paket, blok, kerangka dan sel) dan menyediakan data untuk pengesahan dan pengesahsahihan data yang diterima. Disiplin baris ialah satu daripada dua unsur asas protokol komunikasi. Unsur asas lain ialah jabat tangan.
marine and coastal lawundang-undang laut dan pantaiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahagian dalam undang-undang antarabangsa awam yang berurusan dengan isu-isu maritim. Undang-undang laut dan pantai mungkin dilihat serupa dengan maksud undang-undang maritim, tetapi ia mempunyai makna yang sangat berbeza. Undang-undang laut dan pantai merujuk kepada perkara undang-undang antarabangsa awam seperti perkara yang berkaitan dengan laut lepas dan negara pesisir, manakala undang-undang maritim memperkatakan tentang perundangan yang mengawal isu yang berkaitan kapal dan perkapalan, kontrak, tort serta isu-isu lain yang melibatkan penghantaran.
XDR (external data representation)XDR (perwakilan data luaran)Teknologi MaklumatTiadaFormat data yang dibangunkan oleh SUN sebagai sebahagian daripada piawai rangkaian. Format ini berurusan dengan saiz integer, tertib bait, perwakilan data dan sebagainya, dan digunakan sebagai format saling tukar. Sistem yang berbeza bertukar kepada XDR untuk penghantaran data dan bertukar daripada XDR semasa penerimaan.
floor managerpengurus studioKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab dalam penerbitan rancangan televisyen yang membantu penerbit atau pengarah dan kadang kala berfungsi sebagai penolong penerbit. Antara tugasnya ialah menyediakan peralatan dan kelengkapan, berurusan dengan organisasi luar dan membantu menguruskan jadual penggambaran.
12

Kembali ke atas