Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat yg dibuat drpd bulu serabut, plastik, dsb yg dilekatkan pd kayu, plastik, dsb, digunakan utk membersihkan (menyapu, mengecat, dsb) sesuatu: lantai itu digosok dgn ~ dawai; mewarnakan lukisan dgn ~; ~ gigi berus khas utk menggosok gigi; ~ rambut berus khas utk merapikan rambut;berberus 1. mempunyai (ada) berus; 2. telah diberus;memberus 1. membersihkan dgn berus: sebelum mandi dia ~ giginya; 2. merapikan dll dgn berus: ia memakai seelok-elok pakaian dan ~ rambutnya;pemberusan perbuatan memberus;pemberus orang yg memberus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berus I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As'salam. Saya editor bagi sebuah syarikat penerbitan. Saya ingin menyemak tentang produk 'berus penggilap kasut' yang lazimnya dipanggil berus kasut yang digunakan untuk menggilap kasut. Bolehkah saya gunakan 'berus penggilap kasut' untuk menggantikan 'berus kasut' yang digunakan untuk menggilap kasut?Penggilap bermaksud alat yang digunakan untuk menggilap sesuatu seperti kasut. Alat dalam konteks tersebut berkemungkinan berus, kain atau lain-lain material. Oleh itu, jika alat berkenaan hendak dikhususkan kepada berus sahaja, maka frasa berus penggilap kasut boleh digunakan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa berus kasut juga betul kerana berus juga digunakan untuk mencuci dan menggilap kasut.Istilah06.06.2018
1. Adakah "sikat" dan "berus" boleh diterima sebagai kata kerja tunggal? 2. Betulkah penggunaan perkataan "sikat" dan "berus" seperti berikut: a> Anisa sikat rambutnya. b> Ali berus kasutnya. **Terima kasih**Sikat dan berus ialah kata nama am. Ayat yang betul ialah "Ali menyikat rambutnya" dan "Ali memberus kasutnya".Tatabahasa03.05.2014
Salam sejahtera, Apakah penjodoh bilangan bagi "berus kain" ? Terima kasih.Tidak ada maklumat dan contoh penggunaan penjodoh bilangan bagi berus dalam pangkalan data kami. Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan, walau bagaimanapun jika masih hendak diberi penjodoh bilangan, bentuk yang paling hampir ialah "sebuah".Tatabahasa30.09.2015
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
Kita perlu memilih berus gigi dan pes gigi yang sesuai. Adakah toothpaste boleh diterjemahkan kepada pes gigi ? Terima kasih.Pes gigi tidak boleh digunakan untuk "toothpaste". Padanan bahasa Melayu yang betul ialah ubat gigi.Istilah23.03.2016
Melvin sedang menggosok tayar kereta dengan berus manakala bapanya menyembur air sambil mengelap kereta. sama ada "manakala" dan "sambil" boleh digunakan dalam satu ayat yang sama?

Manakala dan sambil boleh digunakan dalam satu ayat yang sama. Manakala  ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sambil pula bermaksud pekerjaan yg di­lakukan bersama-sama dengan pekerjaan yang lain.

Tatabahasa17.02.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin bertanya, apakah nama atau terjemahan untuk airbrush,sejenis alat untuk melukis dalam bahasa Melayu? Terima kasihPadanan airbrush ialah berus angina, untuk maklumat lanjut klik http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=airbrush&d=129316&#LIHATSINI.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2017
Alat yang untuk mengecat dinding panggil apa? Bolehkah saya menggunakan perkataan ini " pengecat"? atau jawapan lain? terima kasih.

Biasanya alat untuk mengecat dipanggil 'berus cat'. 'Pengecat' ialah orang yang melakukan kerja mengecat. 

Makna13.06.2009
Salam, bolehkah saudara menjelaskan apakah maksud brush pile dalam kontesk perikanan bahasa melayu? Adakah ia bermaksud longgokan kayu?Padanan brush pile ialah tumpuk berus, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Biologi.Istilah15.08.2016
Assalamualaikum. Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk air brush? Kerjasama didahulukan ucapan terima kasihWa alaikum salam,

Terjemahan perkataan air brush dalam bahasa Melayu ialah berus sembur.
Istilah09.08.2017
12

Kembali ke atas