Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.sa.ha]/[ber.u.sa.ha] | براوسها

Definisi : bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menam-bah hasil pengeluaran getah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.sa.ha]/[ber.u.sa.ha] | براوسها

Definisi : bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,

Peribahasa

Bagai air mencari jenisnya.

Bermaksud :

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. gigih berusaha / berusaha gigihFrasa yang tepat ialah berusaha dengan gigih.Tatabahasa02.09.2014
Selamat petang, boleh tanya perkataan rajin dan berusaha boleh ditulis sebagai "rajin berusaha' atau perlu pisahkannya menjadi "rajin dan berusaha". Adakah maksud rajin berusaha membawa maksud berusaha dengan bersungguh-sungguh ? Terima kasih.
Merujuk Kamus Dewan, rajin membawa dua makna (1)  bersungguh-sungguh, tekun dan (2) kerap kali, selalu, manakala berusaha pula bermaksud beriktiar dengan sedaya upaya upaya.   Oleh sebab itu, frasa (i) rajin dan berusaha membawa ‘bersungguh-sungguh dan beriktiar dengan sedaya upaya’, manakala frasa (ii) rajin berusaha pula bermaksud ‘selalu/ kerap kali  beriktiar dengan sedaya upaya’.
Tatabahasa21.03.2017
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia.Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang  yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan  Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol.Lain-lain22.10.2009
siapakah yang layak digelar Yang Berusaha dalam acara rasmi? Adakah dengan kehadiran Pengetua dalam majlis maka gelaran Yang Berusaha hanya untuk beliau sahaja? Adakah Penolong Kanan layak dipanggil Yang Berusaha dalam majlis tersebut atau sekadar Gelaran Yang Dihormati?Bagi sapaan Yang Berusaha adalah untuk individu yang menjadi penganjur atau penggerak sesuartu acara tersebut. Kalau acara itu dikendalikan oleh Penolong Kanan, maka beliau layak diberi sapaan Yang Berusaha. Manakala kehadiran Pengetua,  sapaan yang sepatutnya kepada beliau ialah Yang Dihormati.Lain-lain07.05.2008
Salam, saya ada kemusykilan berkenaan sapaan hormat misalnya yang berusaha, yang dihormati dan sebagainya. Sekiranya majlis diadakan di sekolah, siapakah yang sepatutnya digunakan yang berusaha dan yang dihormati. Bagaimanakah penggunaanya, Yang berusaha Tuan Pengetua Sekolah ABC, Encik Ahmad atau Yang berusaha Encik Ahmad, Pengetua Sekolah .... Setiap sapaan seharusnya diikuti dengan nama atau jawatan. Sekian terima kasihRujukan kehormat Yang Dihormati digunakan kepada orang-orang yang dihir,ati seperti guru, ketua kampung, penghulu, pemimpin kecil parti dsbnya. Ynag Berusaha ditujukan kepada pegawai kerjaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat.     Tatabahasa26.10.2010
Perlukah penggunaan Yang Berusaha Tuan di dalam ayat ini? Saya diminta mengunakan perkataan ini kerana pegawai yang dirujuk adalah gred 44 dan ke atas. contoh 1: Saya diarah merujuk kepada surat Yang Berusaha tuan bertarikh 14 November 2014. contoh 2: Segala kerjasama pihak Yang Berusaha tuan dalam perkara ini diucapkan terima kasih. Terima kasih atas khidmat nasihat pihak DBP."Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat; Yang Amat Berusaha - Pegawai tinggi kerajaan yang kanan; Yang Berusaha - Pegawai tinggi kerajaan.
Lain-lain17.11.2014
Boleh tak kata kerja berturutan dalam ayat seperti di bawah:? (Dia berusaha meningkatkan prestasinya) Adakah ayat di bawah lebih tepat? (Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya ATAU Dia berusaha dan meningkatkan prestasinya. Yang mana lebih tepat(gramatis)?Ayat yang gramatis ialah Dia berusaha untuk meningkatkan prestasinya. Kata kerja tidak boleh hadir secara berturutan. Tatabahasa23.02.2012
Salam, yang manakah betul? 1. Yang Berusaha, Pengetua SMK Hamzah, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed atau Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Sukiman bin Mohamed, Pengetua SMK Hamzah. 2. Barisan Guru Kanan atau Barisan Guru-guru Kanan atau Barisan guru kanan. 3. Setelah saya selidik khidmat nasihat yang telah diberikan, terdapat dua versi dimana; i) Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi Yang Brs. ii) Yang Berusaha tidak boleh disingkatkan. 4. Guru Bahasa Melayu saya menggunakan Yang Berusaha kepada penolong-penolong kanan semasa perhimpunan yang turut dihadiri oleh pengetua. Ada pendapat mengatakan sepatutnya Yang Dihormati digunakan jika pengetua turut hadir. Jika Yang Dihormati adalah penggunaan yang betul, apakah gelaran bagi barisan guru kanan, kaunselor-kaunselor pelajar dan guru-guru biasa?
1. "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang  memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat. "Yang Dihormati" pula digunakan kepada orang-orang yang dihormati seperti guru, ketua kampung, penghulu dan sebagainya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya atau buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP.


2. Cadangan jawapan: Barisan guru kanan
Lain-lain16.10.2023
Jika singkatan kepada Yang Berbahagia adalah YBhg. Apakah singkatan kepada Yang Berusaha?Yang Berusaha lazimnya ditulis penuh.Tatabahasa05.07.2010
Apakah istilah yang digunakan untuk pergerakkan orang yang sedang lemas dalam air( berusaha untuk menyelamatkan diri ). Adakah perkataan terkapai-kapai sesuai digunakan?terkapai-kapai - berusaha untuk menyelamatkan diri
melambai-lambai- berusaha memanggil orang lain untuk menyelamatkan daripada lemas
Tatabahasa05.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas