Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.sa.ha]/[ber.u.sa.ha] | براوسها

Definisi : bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menam-bah hasil pengeluaran getah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.sa.ha]/[ber.u.sa.ha] | براوسها

Definisi : bekerja dgn giat; berikhtiar dgn sedaya upaya: Utk mencapai kemajuan, kita mestilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,

Peribahasa

Bagai air mencari jenisnya.

Bermaksud :

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 
PERANG

Perang ialah suatu pertarungan antara dua

golongan besar yang berusaha untuk memusnah

atau mengalahkan lawan masing-masing.

Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya

peperangan antara dua buah keluarga, kabilah

dengan kabilah dan antara pengikut satu agama

dengan pengikut agama yang lain.

UMUM 
SPENCER, HERBERT

Spencer, Herbert (1820–1903) ialah ahli falsafah

British. Dia berusaha untuk menghasilkan falsafah

yang lengkap berdasarkan penemuan saintifik pada

zamannya. Spencer banyak dipengaruhi oleh

Charles Darwin, ahli alamiah Inggeris. Dia

menggunakan hukum fahaman asasinya dan hukum

fahaman Charles Darwin – idea evolusi

(perkembangan secara beransur-ansur) dalam

bidang biologi, psikologi, sosiologi, dan lain-lain.

Hasil karyanya yang utama termasuk First Principles

(1862) dan Principles of Ethics (1879–1893).

UMUM 
SAVE THE CHILDREN

Save the Children , pertubuhan bebas, bukan

mencari keuntungan, yang berusaha membantu

kanak-kanak dengan cara memajukan komuniti di

tempat kanak-kanak itu tinggal. Ia menaja program

ini di 42 buah negara. Projek Save the Children

meliputi program pemakanan dan kesihatan,

pembinaan rumah, jalan, sekolah, dan sistem

bekalan air. Organisasi ini diasaskan pada tahun

1932. Ibu pejabatnya terletak di Connecticut,

Amerika Syarikat.

UMUM 
TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan

gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi

pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak

dan orang dewasa yang pertuturannya

mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan

mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar.

Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi

pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan

cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru.

Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi

pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala

dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan

bahasa, atau klinisian pertuturan.

UMUM 
MAJLIS EROPAH

Majlis Eropah ialah sebuah organisasi yang

terdiri daripada sembilan negara. Majlis ini

berusaha menggalakkan kesatuan yang lebih

rapat antara negara-negara anggotanya bagi

mencapai kemajuan ekonomi dan sosial.

Organisasi ini sebenarnya tidak mempunyai

sebarang kuasa sebenar dan hanya bertindak

sebagai penasihat. Ia lebih berperanan untuk

mempereratkan kerjasama dalam bidang politik,

sosial, budaya dan hal-hal yang berkait dengan

undang-undang.

UMUM 
PERTUBUHAN HARTA INTELEKTUAL SEDUNIA

Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia

(World Intellectual Property Organization (WIPO)

ialah agensi antarabangsa yang berusaha

melindungi hak undang-undang dalam karya

kesenian dan kesusasteraan, penciptaan, cap

dagang, dan penciptaan asli yang lain. Hak seperti

itu dikenali sebagai harta intelektual . Pertubuhan

ini mempromosi perjanjian antarabangsa tentang

hak cipta, paten, cap dagang, dan penciptaan asli

yang lain. Ia juga menyediakan maklumat teknologi

dan bantuan lain kepada negara-negara

membangun. Pertubuhan ini, dikenali sebagai

WIPO, iaitu agensi khas Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. WIPO mempunyai bilangan

keahlian lebih daripada 110 negara. Ibu pejabatnya

bertempat di Geneva, Switzerland.

UMUM 
NUTTING, MARY ADELAIDE

Nutting, Mary Adelaide (1858–1948),

kelahiran Kanada, ialah pemimpin dalam

pembangunan profesional kejururawatan di

Amerika Syarikat. Dia berusaha untuk

mengukuhkan standard profesional dalam kedua-

dua lapangan pendidikan jururawat dan amalan

kejururawatan. Dia membangunkan beberapa

program latihan yang melengkapi pengalaman

amali di hospital dengan mengadakan panduan

kelas dalam aspek prinsip kejururawatan.

UMUM 
PERTEMPURAN VERDUN

Pertempuran Verdun. Verdun ialah salah satu

bandar tertua di Perancis yang pernah menjadi

medan pertempuran semenjak Attila the Hun

berusaha untuk memusnahkan bandar tersebut pada

tahun 450 M. Bandar ini terletak di Sungai Meuse di

bahagian utara Perancis, kira-kira 80 kilometer dari

sempadan Jerman. Bandar ini sering menjadi

penampan serangan musuh.

UMUM 
PASARAN BERSAMA

Pasaran bersama ialah kesatuan ekonomi

negara-negara. Anggota pasaran bersama

berusaha untuk menyingkirkan tarif dan halangan

perdagangan lain antara mereka dan untuk

mengikut dasar perdagangan yang seragam

dengan negara-negara bukan anggota.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas