Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wang] | برواڠ

Definisi : 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wang] | برواڠ

Definisi : 1 mempunyai wang: Dia sudah tidak ~ lagi. 2 ki berharta; kaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,

Peribahasa

Hilang rona kerana penyakit,
     hilang bangsa tidak berwang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan (adalah / ialah), (pembelajaran / pemelajaran), pengkayaan / pengayaan,Adalah/ialah kedua-duanya kata pemeri (unsur yg menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan secara persamaan (ekuatif) menggunakan kata pemeri ialah, sementara pemerihalan secara huraian(kualitatif) menggunakan adalah. Kata Pembelajaran dan pemelajaran daripada kata dasar ajar. pembelajaran –proses (kegiatan) belajar, sementara pemelajaran- proses mempelajari-belajar utk mengetahui sst. dengan mendalam. Kata pengayaan daripada kata dasar kaya, iaitu perihal (usaha, proses,dsb) mengayakan: iaitu menjadikan kaya(berharta atau berwang banyak). Tidak terdapat kata pengkayaan dalam bahasa Melayu. Harap maklum.Makna04.12.2006

Kembali ke atas