Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.we.nang] | برونڠ

Definisi : mempunyai hak (utk berbuat sesuatu): ketua regu itu ~ utk menuntut ketaatan anggota regu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.we.nang] | برونڠ

Definisi : berhak atau berkuasa utk melakukan sesuatu: Guru Besar ~ utk menjalankan pentadbiran sesebuah sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berwenang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah tepat jika saya gunakan terjemahan bagi authorised reseller sebagai "penjual semula berwenang" Contohnya, Apple Authorised Reseller (Penjual semula Apple berwenang)

Cadangan terjemahan bagi authorised reseller yang sesuai ialah Penjual Berdaftar atau Penjual yang Sah.

Penyemakan dan penterjemahan22.09.2022
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Terima kasih atas sokongan pihak tuan.Lain-lain14.09.2017
ulasan mempunyai berapa perengganUntuk maklumat yang berkaitan dengan teknik menjawab peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang seperti guru bahasa Melayu. Tidak ada maklumat tentang teknik tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain02.08.2016
ulasan mempunyai berapa perenggan?Untuk maklumat yang berkaitan dengan teknik menjawab peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang seperti guru bahasa Melayu. Tidak ada maklumat tentang teknik tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain02.08.2016
bagaimanakah cara hendak membuat ulasan dalam bentuk puisiUntuk maklumat yang berkaitan dengan teknik menjawab peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang seperti guru bahasa Melayu. Tidak ada maklumat tentang teknik tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain02.08.2016
Bolehkah perkataan 'swapotret' digunakan untuk menggantikan perkataan 'selfie'Belum ada padanan untuk perkataan selfie, hal ini perlu kami rujuk kepada pihak yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP sebelum diberikan padanan dalam bahasa Melayu seperti cadangan tuan.Istilah16.09.2014
apakah maksud fatwa?Fatwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); berfatwa memberikan (mengeluarkan) fatwa: pemimpin yg jahil itupun ~lah dengan tiada berilmu pengetahuan; memfatwakan memberikan fatwa.Makna18.01.2013
Tuan, adakah "pengisian" dapat bermaksud benda yang diisikan? Sila rujuk WordPad saya untuk lebih lanjut mengetahui siasatan saya.Pengisian bermaksud hal atau perbuatan mengisi atau mengisikan. Sebarang dapatan baharu untuk peluasan makna kata bolehlah disalurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Ketua Bahagian Perkamusan.Makna22.12.2016
Boleh beri saya definasi Modular yang di guna pakai dalam kurikulum KSSR oleh KPM.Tidak ada maklumat tentang definisi modular yang diperkenalkan oleh KPM dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan tuan menghubungi pihak KPM untuk mendapatkan penjelasan kerana merekalah pihak yang berwenang dalam hal ini.Makna01.06.2015
Apakah terjemahan yang paling tepat untuk 1- 'Authorized Signatory'? 2-Electronically sign contract on PPR ( PPR=contoh nama kontrak) 3-Pre-signed contract Terima kasihSekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut:

1. Authorized signatory: Penandatangan berwenang
2. Electronically sign contract: Tandatangan kontrak secara elektronik
3. Pre-signed contract: Kontrak pratandatangan
Penyemakan dan penterjemahan19.03.2020
123456

Kembali ke atas