Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wu.du/]/[ber.wu.du/] | بروضوء

Definisi : menyucikan diri (sebelum sem­bahyang), mengambil air sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk II (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wu.du/]/[ber.wu.du/] | بروضوء

Definisi : membersihkan diri drpd hadas kecil dgn menggunakan air; mengambil wuduk; mengambil air sembahyang: Kita hendaklah ~ dahulu sebelum melakukan ibadat sembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wuduk (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan air suci;
Kata Terbitan : berwuduk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, apakah maksud menyelati? Contoh penggunaan: menyelati jari tangan, jari kaki, misai dan janggut (biasanya digunakan dalam istilah berwuduk) Terima kasih.Maksud menyelati mengikut penggunaan istilah dalam berwuduk ialah melalukan air atau membersihkan di celah-celah jari tangan, jari kaki, misai dan janggut.Makna20.07.2019
Selamat sejahtera tuan/puan, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi perkataan berikut: 1) Mudawwin dan mukharrij Konteks: Orang yang menulis sesebuah hadis dalam kitab hadis disebut sebagai mudawwin atau mukharrij. 2) Maudu' atau mauduk Konteks: Hadis maudu' 3) Istinsyaq dan istinsar Konteks: Istinsyaq adalah perbuatan menghirup air ke dalam lubang hidung, manakala istinsar pula adalah mengeluarkan air itu semula. 4) Adakah kayu sugi perkataan baku bagi kayu siwak? 5) Bolehkah perkataan "bersama-sama" dan "dengannya" hadir bersama dalam satu ayat? Konteks: “Sesiapa yang mengamalkan sunahku, maka dia mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku, maka aku akan (bersama-sama dengannya) / (bersama-samanya) di syurga.” 6) Apakah kata yang sesuai bagi "sa" dan "mudd" berdasarkan dunia sekarang? Konteks:Rasulullah SAW mandi dengan air sebanyak satu sa sehingga lima mudd, manakala berwuduk dengan satu mudd air Terima kasih.Untuk makluman tuan, bagi kata yang berkaitan dengan istilah agama Islam yang berkaitan dengan akidah dan hukum yang bersumberkan al-Quran dan Hadis yang dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi. 
1. Mudawwin, Mukharrij
2. Hadith Maudhu'
3. Ejaan ketiga, perlu dilihat ejaan asal sama ada "shin" atau "shod"
4. Kamus Dewan merakamkan kayu sugi yang sama makna dengan siwak/kayu siwak. 
5. Penggunaan yang betul ialah bersama-sama atau bersama dengan.
6. Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang maksud perkataan yang terkandung dalam hadis ini.
Ejaan19.10.2020

Kembali ke atas