Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti digantikan . apakah kesalahkan pada digantikan? TQ, tuan.Perkataan 'digantikan' perlu ditukar kepada 'berganti'. Ayat yang betul ialah 'Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti berganti'. Sekiranya digantikan digunakan, ayat tersebut perlu ada sambungannya, contohnya 'digantikan oleh orang lain'.Tatabahasa07.02.2012
Jika kerajaan srivijaya menobatkan bahasa melayu, saya ingin tahu dalam dielek apakah lingua fraca pada abad itu? Kerana kita tahun semua bangsa dan etnik kelompo melayu juga menganggap dielek merekalah yang benar2 linguaa franca pada zaman srivijayaBahasa Melayu menjadi lingua franca  (bahasa perantaraan) daerah Kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa ini digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di Kepulauan Melayu dan orang-orang yang mendatang, seperti pedagang dari Eropah dan Asia Barat, dan pengembara dari India dan China. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penelitian dan penyelidikan kerana pertanyaan saudara memerlukan kajian mendalam. Saudara juga boleh mengunjungi mana-mana Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut.  Lain-lain17.06.2009
Salam sejahtera, Bolehkah "Monarch Envelope" diterjemahkan kepada "Sampul Surat Monarka"? Jika tidak, sila berikan cadangan tuan/puan. Terima kasih atas bantuan yang anda telah hulurkan.Salam Sejahtera Saudara. Monarka merupakan terjemahan bagi bidang biologi, maka tidak sesuai digunakan "Sampul Surat Monarka". "Monarch Envelope" merujuk jenis sampul surat yang mengambil nama sempena dengan nama yang digunakan sejak zaman berzaman pemerintahan beraja di Eropah. Maka cadangan yang dapat diberikan ialah "Sampul Surat Standard".Penyemakan dan penterjemahan27.05.2015
baru-baru ini saya ada terbaca artikel tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Penulis tersebut menyatakan peribahasa tersebut kurang tepat tetapi yang sebetulnya ialah "harapkan pegar, pegar makan padi". Mohon penjelasanSehingga kini belum ada dapatan sahih tentang peribahasa tersebut. Walaupun pendapat yang mengatakan peribahasa "harapkan pegar, pegar makan padi" adalah betul tetapi tidak ada satu dapatan yang mengesahkannnya. Perlu kita ingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Mungkin juga ada benarnya pendapat yang mengatakan kesilapan ejaan berlaku sewaktu pemindahan teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi tetapi tidak ada dapatan yang dapat mengesahkannya. Lain-lain07.02.2012
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut.Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kali edisi baharu diterbitkan.Lain-lain08.04.2012
Salam sejahtera, Maafkan saya , kerana masih bertanya tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga". Setakat ini sejauh manakah kajian DBP tentang peribahas tersebut? Ada yang mengatakan kesilapan ejaan tersebut berlaku semasa menterjemahnya dari tulisan jawi kepada tulisan rumi.Sehingga kini belum ada dapatan sahih tentang kedua-dua peribahasa tersebut. Walaupun pendapat yang mengatakan peribahasa "Melepaskan batok di tangga" adalah yang betul tetapi tidak ada satu dapatan yang mengesahkannnya. Perlu kita ingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Mungkin juga ada benarnya pendapat yang mengatakan kesilapan ejaan berlaku sewaktu pemindahan teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi tetapi tidak ada dapatan yang dapat mengesahkannya. Lain-lain10.01.2012
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
Assalamualaikum, Untuk tulisan jawi, ejaan perkataan yang mengandungi kata ganda, digunakan dash atau hyphen? Apakah alasannya? Terima kasih.

Kata Ganda

Kata ganda penuh ditulis dengan menggunakan tanda angka dua Hindi (٢). Penulisan kata ganda penuh seperti contoh yang berikut:

anai-anai = اناي٢ 

baik-baik = باءيق٢ 

kupu-kupu = کوڤو٢ 

Apabila bahagian kata yang diganda itu berubah bentuknya, tanda sempang (-) digunakan sebagai tanda ganda. Kata ganda jenis ini termasuklah kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak.

(i) Penulisan kata ganda berimbuhan seperti contoh yang berikut:

mudah-mudahan = موده-مودهن

zaman-berzaman = زمان-برزمان

lama-kelamaan = لاما-کلاماءن

(ii) Penulisan kata ganda berentak seperti contoh yang berikut:

bolak-balik = بولق-باليق

lauk-pauk = لاءوق-ڤاءوق

kontang-kanting = کونتڠ ـ کنتيڠ

 

Catatan: Terdapat sesetengah kata ganda yang dieja dengan menambah huruf alif (ا) pada bentuk ganda yang pertama apabila menerima imbuhan kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Contohnya, perkataan:

bersama-sama  =برساما-سام

bersuka-suka = برسوکا-سوک

semata-mata = سماتا-مات

Lain-lain14.03.2022

Kembali ke atas