Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.zat] | برذات

Definisi : mengandungi zat: makanan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.zat] | برذات

Definisi : mempunyai atau ada zat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berzat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat / berkhasiat. Apakah bezanya? Berzat atau berkhasiat? 2. Murid itu melenting semasa guru sedang mengajar. Betulkah penggunaan perkataan melenting dalam ayat ini?

1. Berzat bermaksud mempunyai pati atau inti daripada sesuatu (seperti makanan dan lain-lain), manakala berkhasiat bermaksud mengandungi kebaikan yang khas (dlm ubat, makanan dan sebagainya). Pada pandangan kami, untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas, kita memerlukan makanan yang berzat dan berkhasiat.

2. Melenting lazimnya diakitkan dengan makna kiasan, iaitu naik marah dengan segera (apabila disoal, dikritik, dan sebagainya). Oleh itu, perkataan melenting tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa16.11.2011
Perkataan "nutritionally adequate" dalam peruntukan di bawah ini dipadankan dengan "berzat secukupnya" manakala dalam peruntukan yang lain perkataan "nutritionally" dipadankan pula dengan dengan “pemakanan”. Melalui semakan kami, perkataan “nutritionally” seperti “nutritionally-related disease” dipadankan dengan “penyakit berkaitan pemakanan”. Oleh itu, apakah padanan bagi "nutritionally adequate" dan "nutritionally available carbohydrates" 389A. (2) Follow-up formula shall be nutritionally adequate to contribute to normal growth and development when used in accordance with its direction for use. 389A. (2) Rumusan susulan hendaklah berzat secukupnya untuk menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan yang normal apabila digunakan mengikut arahan penggunaannya. 389A.(6) Follow-up formula shall contain nutritionally available carbohydrates suitable for the feeding of infant of six months and children in such quantities as to adjust the product to the energy density in accordance with the requirements set out in subregulation (4). 389A.(6) Rumusan susulan hendaklah mengandungi pemakanan karbohidrat sedia ada yang sesuai untuk makanan bayi yang berumur enam bulan dan kanak-kanak kecil dalam kuantiti tertentu supaya keluaran diselaraskan dengan kandungan tenaga mengikut kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4).Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally adequate" ialah cukup berzat. Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally available carbohydrates" ialah pemakanan berkarbohidrat atau pemakanan tersedia karbohidrat.

Pihak puan juga boleh merujuk dan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penterjemahan.
Lain-lain18.07.2021
kita memerlukn makanan yang ________ berzat atau berkahsiat? munsyi, apakah jawaban yang lebih tepatKedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan mempunyai maksud yang hampir sama.
Walau bagaimanapun, yang elbih gramatis ialah berkhasiat.
Tatabahasa05.02.2012
SAYA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA MAKANAN ?Menurut data kami, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yang bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebagainya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu menge­nyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;Makna20.11.2015
SAYA NAMA AISAH A.B QONY SAYA BELAJER BAHASA MALAYU SAYA INGIN BERTANYA TRNTANG APAKAH MAKNA MAKANAN?Menurut data kami, maksud makanan ialah apa sahaja yang boleh dimakan (seperti nasi, roti, dan lain-lain), rezeki: segala ~ seperti sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yang mempunyai zat (vita­min, protein, dan lain-lain); ~ laut makanan atau hi­dangan yang bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dan sebaginya: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yang tidak begitu menge­nyangkan (seperti keropok, kacang, dan lain-lain) yang di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (seperti beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yang ringkas dan dapat disediakan dengan cepat;Makna20.11.2015

Kembali ke atas