Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.zat] | برذات

Definisi : mengandungi zat: makanan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.zat] | برذات

Definisi : mempunyai atau ada zat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berzat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASPARAGUS

Asparagus ialah sejenis sayur hijau yang berzat.

Manusia memakan pucuk dan batang muda

pokok asparagus ini. Pucuk ini biasanya dikenali

sebagai spears . Asparagus merupakan sumber

protein, vitamin dan galian-galian lain yang sangat

baik. Untuk mendapat rasa yang terbaik serta nilai

pemakanan yang paling tinggi, asparagus segar

hendaklah dimasak hingga lembut dengan api

kecil, supaya kekal warna hijaunya yang terang.

UMUM 
MALNUTRISI

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang

disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,

makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak

dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.

Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat

terlalu banyak makanan, tidak memperoleh

makanan yang cukup atau mendapat makanan yang

tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila,

disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh

menggunakan zat makanan walaupun zat makanan

itu terdapat dalam sesuatu makanan.

UMUM 
OAT

Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang

menanam oat terutamanya sebagai makanan

haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan

makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok

oat diproses dan digunakan dalam makanan

seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin

sarapan yang sedia dimakan.

UMUM 

Kembali ke atas