Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bés] | بيس

Definisi : (bés) (Kim) sebatian yg bertindak balas dgn asid utk membentuk garam dan air; ~ kuat bes yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemah bes yg tercerai separa menjadi ion di dlm larutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bés] | بيس

Definisi : (bés) 1. (suara dan alat muzik) nada muzik rendah; 2. penyanyi atau alat muzik yg bernada rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bés] | بيس

Definisi : /bés/ ist sebatian kimia yg menghasilkan garam dan air apabila bercampur dgn asid. kebesan bilangan ion hidrogen yg terbentuk drpd satu molekul asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bes


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENUNJUK ASID BESLarutan akueus bahan organik yang mengandungi ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH-, daripada penceraian air.KIMIAAlat/Alatan
BES

Bes ialah sebatian kimia yang berasa pahit, payau dan terasa licin apabila disentuh.

KIMIAAlat/Alatan
ALKALOIDlkaloid ialah sebarang kumpulan bes organik

yang ditemui dalam tanaman. Alkaloid

mengandungi karbon, hidrogen, nitrogen, dan

oksigen.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
ANHIDRIDA

Anhidrida ialah bahan kimia yang membentuk

asid atau bes apabila berpadu dengan air.

Misalnya, air dan sulfur trioksida (SO3 ), iaitu asid

anhidrida, menjadi asid sulfurik (H2SO4 ).

UMUM 
MORDAN

Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan

pewarna untuk mencegahnya daripada mudah

larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi

sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan

mordan tidak akan luntur, dan dengan itu

warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk

garam kromium, ferum, aluminium, timah dan

logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau

mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna

asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid

laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa.

Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu

dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan

pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu

pewarna asid dimordankan dengan garam

aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas

menjadi merah terang, yang dinamakan merah

Turki .

Lihat juga Lak (Pewarna).

UMUM 
THE WHO

The Who , menjadi salah sebuah kumpulan

penyanyi yang paling popular dalam sejarah muzik

rock British. The Who, pada mulanya terdiri

daripada pemain gitar, Peter Townshend (1945– );

penyanyi utama, Roger Daltrey (1945– ); pemain

bes, John Entwistle (1946– ); dan pemain dram,

Keith Moon (1947–1978). Selepas Keith Moon

meninggal dunia disebabkan dos dadah yang

berlebihan, Kenney Jones menjadi pemain

dramnya. Pada tahun 1989, Jones digantikan oleh

Simon Phillips. Kebanyakan muzik The Who

digubah oleh Townshend.

UMUM 
PH

pH ialah nombor yang digunakan oleh ahli sains

untuk menunjukkan kepekatan ion hidrogen

dalam larutan. Umumnya pH berbeza-beza dari 0

hingga 14. Pada 5 o C, pH kurang daripada 7

menunjukkan bahawa larutan adalah asid,

manakala pH lebih daripada 7 menunjukkan

bahawa larutan adalah bes (alkali). Larutan

neutral, seperti air tulen, bukan asid atau bukan

bes, mempunyai pH 7. Darah manusia mempunyai

pH kira-kira 7.4. Huruf pH adalah bagi keupayaan

hidrogen (potential of hidrogen).

UMUM 
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 
ORKESTRA RTM

ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama.

BUDAYAKegiatan
12

Kembali ke atas