Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bangga, gembira; b) bongkak, sombong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. bangga. b. senang atau girang hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Kejat-kejat dari Patani,
     Kemunting dari Kemaman;
Besar hati datang ke mari,
     Hendak menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Harap hati hendak peluk gunung,
     apa akal (= daya) tangan tak sampai.

Bermaksud :

Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMerpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka.
Kurik Kundi Merah SagaKejat-kejat dari Patani, Kemunting dari Kemaman; Besar hati datang ke mari, Hendak menyunting bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga.
Kurik Kundi Merah SagaBunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman.
Kurik Kundi Merah SagaDari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti; Bila kunampak muka tuan, Rasa besar di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk besar lengan, Mari letak atas meja; Sungguh buruk hati berkenan, Tidak boleh ditukar juga.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk besar lengan, Pukullah mari si kayu kain; Sungguh buruk hati berkenan, Hatiku tidak kepada lain.
Kurik Kundi Merah SagaOrang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBeringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar.
12

Kembali ke atas