Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bés.bol] | بيسبول

Definisi : (bésbol) sj permainan di atas padang yg mempunyai empat tapak yg diatur dlm bentuk daiman, yg dimainkan dgn bet dan bola di antara dua pasukan yg terdiri drpd sembilan pemain setiap satunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bés.bol] | بيسبول

Definisi : /bésbol/ sj permainandi atas padang, yg mempunyai empat tapak yg diatur dlm bentuk daiman, yg dimainkan dgn menggunakan bet dan bola, antara dua pasukan yg terdiri drpd sembilan pemain setiap satunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besbol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baseballbesbolPendidikanTiadaTiada
batting cagekurungan pukulSukanTiadaKawasan khas yang bertutup dengan jaring untuk pemain besbol atau sofbol berlatih kemahiran memukul.
fairly batted ballpukul sahSukanTiadaPukulan sah yang dilakukan oleh pemukul dan dikira sebagai bola sah, pada sukan besbol.
hip-hophip-hopMuzikTiada

Budaya sekumpulan orang kulit hitam di Amerika Syarikat yang mengutamakan rap, tarian break, lukisan grafiti, keme-ja-T dan seluar besar, kasut kanvas dan topi besbol. Hip-hop berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya hip-hop telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Contoh kumpulan hip-hop di Malaysia, termasuklah Poetic Ammo, VE dan Teh Tarik.

raprapMuzikTiada

 Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop.


Kembali ke atas