Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.si] | بسي

Definisi : 1. logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yg terdapat dlm batu igneus; 2. perkakas (alat) yg dibuat drpd besi; ~ angkor alat (besi) pemutar (utk menghidupkan enjin); ~ baja besi yg sangat keras, keluli; ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang; ~ berani = ~ semberani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ~ dabus alat tajam drpd besi yg digunakan dlm permainan dabus; ~ kawi besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); ~ kurasani = ~ kersani besi yg baik (dr Khorasan di Parsi); ~ lantai (pepat, plat, lempeng) besi yg berkeping-keping; ~ lemah besi yg lembut; ~ melela besi hitam (yg tidak berkurai); ~ merah besi yg dibakar dan merah spt bara; ~ pamor sj baja putih yg ditempa pd keris dll (yg menimbulkan kurai); ~ putih timah; ~ tanah besi yg kurang baik; ~ tempa = ~ tempaan = ~ tempawan besi yg ditempa; ~ tua senjata tajam (keris dll) yg telah usang; ~ tuang = ~ tuangan = ~ cor = ~ cetak besi yg dituang (dicetak); kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayunya berat dan keras); ~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya; asal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya; dahulu parang, sekarang ~ prb dahulu sayang, sekarang benci; memegang ~ panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan); sedencing bagai ~, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat); membesi spt besi (sangat keras). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.si] | بسي

Definisi : 1 logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2 perkakas atau alat yg dibuat drpd besi 1: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besi

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Besi baik tiada berkarat.

Bermaksud :

Budi baik tidak dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ironn 1. (metallic element) besi; (found in food, blood) zat besi: ~ and steel industry, industri besi dan keluli; ~ bars, batang besi; a wrought ~ gate, pintu pagar yg dibuat drpd besi tempa; spinach has high ~ content, bayam mengandungi zat besi yg banyak; 2. implement, tool made of iron, besi: soldering ~, besi pematerian; hot ~s were used to torture prisoners, besi panas digunakan utk menyeksa banduan; branding ~, besi penyelar; 3. implement for pressing clothes, seterika; 4. golf-club with metal or steel heads, kayu golf besi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headpiecen 1. helmet, topi /besi, baja/, ketopong besi; 2. (printing) hiasan kepala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wrought ironn besi /tempaan, tempawan/: a ~ railing, kisi-kisi besi tempaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
despotic adj (bersifat) kuku besi: a ~ monarch, raja yg bersifat kuku besi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steel grip of ~, cengkaman besi: the masked man held him in a grip of ~, orang yg bertopeng itu mencengkamnya dgn cengkaman besi; man of ~, (orang yg) /berhati waja, sungguh berani/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strong-box n peti besi: she keeps her jewellery in the ~ let into the wall, dia menyimpan barang-barang kemasnya dlm peti besi yg dipasang dlm dinding.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sledge-hammer n tukul besi: the men were breaking up the floor with ~s, orang-orang itu memecahkan lantai dgn menggunakan tukul besi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
griddle gridironn 1. (utensil) besi /pemanggang, penyalai/; 2. (theatr) palang besi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barn 1. rod (of iron, wood) batang (besi, kayu): iron ~, batang besi; 2. (of cage, window, gate, etc) jerjak, jeriji, jeruji, kisi-kisi; 3. wood, iron placed horizontally, palang: the high jump ~ was raised, palang lompat tinggi itu dinaikkan; the ~ of a door, palang pintu; horizontal ~s, palang mengufuk; parallel ~s, palang selari; 4. ingot, jongkong: gold ~s, jongkong emas; 5. (of chocolate) keping;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
safen strong box, cabinet with special locks, peti besi: she kept her jewellery in the ~, dia menyimpan barang kemasnya di dlm peti besi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas