Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.si] | بسي

Definisi : 1. logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yg terdapat dlm batu igneus; 2. perkakas (alat) yg dibuat drpd besi; ~ angkor alat (besi) pemutar (utk menghidupkan enjin); ~ baja besi yg sangat keras, keluli; ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang; ~ berani = ~ semberani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ~ dabus alat tajam drpd besi yg digunakan dlm permainan dabus; ~ kawi besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); ~ kurasani = ~ kersani besi yg baik (dr Khorasan di Parsi); ~ lantai (pepat, plat, lempeng) besi yg berkeping-keping; ~ lemah besi yg lembut; ~ melela besi hitam (yg tidak berkurai); ~ merah besi yg dibakar dan merah spt bara; ~ pamor sj baja putih yg ditempa pd keris dll (yg menimbulkan kurai); ~ putih timah; ~ tanah besi yg kurang baik; ~ tempa = ~ tempaan = ~ tempawan besi yg ditempa; ~ tua senjata tajam (keris dll) yg telah usang; ~ tuang = ~ tuangan = ~ cor = ~ cetak besi yg dituang (dicetak); kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayunya berat dan keras); ~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya; asal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya; dahulu parang, sekarang ~ prb dahulu sayang, sekarang benci; memegang ~ panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan); sedencing bagai ~, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat); membesi spt besi (sangat keras). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.si] | بسي

Definisi : 1 logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2 perkakas atau alat yg dibuat drpd besi 1: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besi

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Besi baik tiada berkarat.

Bermaksud :

Budi baik tidak dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah "Kilang Membuat Kejuruteraan Besi" atau "Kilang Kejuruteraan Besi"?Kilang Kejuruteraan BesiIstilah01.10.2014
diperbuat dari besi atau diperbuat daripada besi?Ayat yang betul ialah "Diperbuat daripada besi".Tatabahasa21.09.2014
Assalamualaikum. Nama Saya Puan Noraini dari Sri KDU International School (Primary). Saya mahu bertanya tentang kosa kata untuk peralatan di taman permainan. Adakah maksud yang saya berikan ini adalah betul? Saya perlu memberi kosa kata yang betul kepada pelajar-pelajar saya. Monkey bar – palang besi / besi penggayut Spring Rider – penunggang spring Climbing frame – pemanjat Adakah maksud perkataan untuk permainan - merry go round' dalam BM? Terima Kasih.Kami mencadangkan alat permainan "monkey bar" diterjemahkan sebagai bar gayut atau palang gayut, "spring rider" diterjemahkan sebagai penunggang pegas, manakala "climb frame" diterjemahkan sebagai kerangka panjat atau bingkai panjat. Alat permainan "merry-go-round" sesuai untuk diterjemahkan sebagai kuda pusing.Istilah26.10.2020
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi.Tatabahasa01.06.2015
Diminta Bantuan perkataan jawi untuk : KEJURUTERAAN BESIEjaan jawi KEJURUTERAAN BESI ialah کجوروتراءن بسيEjaan31.12.2019
Perkataan Jawi untuk : PUSAT BESI BURUK Terima Kasih.Ejaan jawi bagi PUSAT BESI BURUK adalah seperti yang berikut: ڤوست بسي بوروقEjaan05.12.2019
Apa istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Digital Vault?" Adakah ia Peti Besi Digital atau Kekubah Digital?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital vault ialah peti besi digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah08.11.2023
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut. Mohon disediakan penerangan yang terperinci. "Serbuk besi paling tertarik pada/kepada kutub utara dan kutub selatan magnet." Dalam ayat ini, mana satukah penggunaan perkataan yang betul? "Pada" atau "kepada"?Serbuk besi paling tertarik pada kutub utara dan kutub selatan magnet. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 275 (ayat 258).Tatabahasa26.05.2016
Berikan saya sumber rujukan atau bukti yang menyatakan asal kata dalam bahasa Melayu hanya ada tiga perkataan iaitu "babi, besi dan batu". Terima kasihTidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa perkataan padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur  Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut.Lain-lain09.04.2010
Terdapat empat perkataan asli bahasa Melayu, iaitu padi, besi, babi, dan ubi. Soalannya, apakah bukti keempat-empat istilah ini ditemui? Jika ada, sila berikan judul rujukan tersebut supaya saya boleh merujuknya. Bilakah istilah-istilah tersebut bermula dalam kosa kata bahasa Melayu? Terima kasih.Ada pendapat mengatakan kata padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu, walau bagaimanapun tiada bukti kukuh tentang kesahihan pendapat tersebut. Untuk membantu saudara menyelesaikan tugasan kuliah saudara, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur  Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut.Tatabahasa06.04.2010
1234567

Kembali ke atas