Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.si] | بسي

Definisi : 1. logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yg terdapat dlm batu igneus; 2. perkakas (alat) yg dibuat drpd besi; ~ angkor alat (besi) pemutar (utk menghidupkan enjin); ~ baja besi yg sangat keras, keluli; ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang; ~ berani = ~ semberani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ~ dabus alat tajam drpd besi yg digunakan dlm permainan dabus; ~ kawi besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); ~ kurasani = ~ kersani besi yg baik (dr Khorasan di Parsi); ~ lantai (pepat, plat, lempeng) besi yg berkeping-keping; ~ lemah besi yg lembut; ~ melela besi hitam (yg tidak berkurai); ~ merah besi yg dibakar dan merah spt bara; ~ pamor sj baja putih yg ditempa pd keris dll (yg menimbulkan kurai); ~ putih timah; ~ tanah besi yg kurang baik; ~ tempa = ~ tempaan = ~ tempawan besi yg ditempa; ~ tua senjata tajam (keris dll) yg telah usang; ~ tuang = ~ tuangan = ~ cor = ~ cetak besi yg dituang (dicetak); kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayunya berat dan keras); ~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya; asal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya; dahulu parang, sekarang ~ prb dahulu sayang, sekarang benci; memegang ~ panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan); sedencing bagai ~, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat); membesi spt besi (sangat keras). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.si] | بسي

Definisi : 1 logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2 perkakas atau alat yg dibuat drpd besi 1: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besi

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Besi baik tiada berkarat.

Bermaksud :

Budi baik tidak dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARUNG TANGAN BESI

Sarung tangan besi ialah sarung tangan kulit

yang disaluti plat keluli, dan dipakai oleh sateria

Zaman Pertengahan sebagai sebahagian daripada

baju besi mereka. Sarung tangan besi yang awal

diperbuat daripada baju rantai (cincin logam yang

bersambung antara satu dengan yang lain).

Kemudian, sarung tangan besi mempunyai engsel

untuk memudahkan pergerakan. Sarung tangan

besi digunakan sehingga tahun 1600-an.

UMUM 
SURAH AL-HADID

Surah al-Hadid ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-57 mengikut susunan

surah-surah Al-Quran dan mengandungi 29 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hadid (besi) kerana

kandungannya menceritakan tentang besi. Besi

merupakan sumber kekuatan manusia dalam

peperangan dan simbol pendamaian. Besi juga

digunakan untuk membina bangunan. Selain itu,

besi boleh digunakan untuk membina jambatan

besar, membuat alat perisai, pedang dan panah,

kereta kebal, kapal selam, kereta perisai yang

berat dan barang-barang lain yang berfaedah.

UMUM 
MEMBALING TUKUL BESI

Membaling tukul besi, acara padang yang menggunakan sejenis bola besi yang diikat pada dawai besi.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SISTEM KUKU BESI

Sistem kuku besi ialah satu bentuk kerajaan

yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had

terhadap rakyatnya. Pemimpin kuku besi tidak

semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik

dan bertimbang rasa, dan mereka juga mungkin

meletakkan kebajikan rakyat mereka lebih penting

daripada diri mereka sendiri. Tetapi kebiasaannya,

pemimpin despot tidak dikongkongi oleh orang

sekeliling mereka dan mereka kadang-kadang

menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk

menjaga kedudukan mereka.

UMUM 
PERLOMBONGAN BESI

PERLOMBONGAN BESI, kegiatan melombong bijih besi secara kecil-kecilan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke-20.  Pada masa itu, hasil bijih besi hanya untuk kegunaan tempatan sahaja.  Pada tahun 1921, bijih besi mula dieksport kerana mendapat permintaan yang menggalakan dari Jepun yang sedang mengembangkan industri besi dan keluli.  Pada masa itu juga sebuah syarikat perlombongan Jepun, Ishihara Sangyo, memonopoli pengeluaran besi di Johor dan Terengganu.  Hasil eksport bijih besi pada tahun 1921 berjumlah 74 250 tan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
PARU-PARU BESI

Paru-paru besi ialah sebuah alat yang

digunakan untuk merawat paralisis (kelumpuhan)

otot dan organ pernafasan. Paru-paru besi

kadangkala dikenali sebagai respirator atau

ventilator.

UMUM 
BUKIT BESI

BUKIT BESI, kawasan perlombongan bijih besi yang utama di Malaysia antara tahun 1930 hingga tahun 1970, terletak di daerah Dungun, Terengganu.  Bukit besi menjadi tulang belakang sumber ekonomi kerajaan negeri.  Pada tahun 1930-an, cukai pendapatan utama Terengganu adalah daripada cukai eksport bijih besi.  Pada tahun 1937, cukai eksport bijih besi merupakan lebih kurang 17 peratus daripada jumlah hasil yang diperoleh negeri Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
TAKONIT

Takonit ialah batu keras yang mengandungi

lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk

halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya

terdiri daripada mineral yang dinamakan chert .

Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di

Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan

induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih

besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi

yang penting ini berada bertaburan dalam

kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer

dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi

dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida

hitam magnetit atau batu magnet dan oksida

merah hematit .

UMUM 
HASIL KERJA BESI UMUM 
TABIR BESI

Tabir Besi, adalah suatu frasa yang dipopularkan

oleh Sir Winston Churchill pada tahun 1940-an.

Frasa ini merujuk kepada dasar pemencilan

Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia II. Kesatuan

Soviet mengenakan sekatan perdagangan dan

penapisan yang tegar sehingga menyekat negara

tersebut dan negara “satelit” Eropah Timurnya

daripada dunia luar.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas