Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.si] | بسي

Definisi : 1. logam berwarna putih perak (bersifat magnet, mulur, tertempakan, berat, mudah berkarat) yg terdapat dlm batu igneus; 2. perkakas (alat) yg dibuat drpd besi; ~ angkor alat (besi) pemutar (utk menghidupkan enjin); ~ baja besi yg sangat keras, keluli; ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang; ~ berani = ~ semberani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain (mengandungi kuasa elektrik); ~ dabus alat tajam drpd besi yg digunakan dlm permainan dabus; ~ kawi besi yg mengandungi kekuatan (kesaktian); ~ kurasani = ~ kersani besi yg baik (dr Khorasan di Parsi); ~ lantai (pepat, plat, lempeng) besi yg berkeping-keping; ~ lemah besi yg lembut; ~ melela besi hitam (yg tidak berkurai); ~ merah besi yg dibakar dan merah spt bara; ~ pamor sj baja putih yg ditempa pd keris dll (yg menimbulkan kurai); ~ putih timah; ~ tanah besi yg kurang baik; ~ tempa = ~ tempaan = ~ tempawan besi yg ditempa; ~ tua senjata tajam (keris dll) yg telah usang; ~ tuang = ~ tuangan = ~ cor = ~ cetak besi yg dituang (dicetak); kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayunya berat dan keras); ~ baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya; asal ~ pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya; dahulu parang, sekarang ~ prb dahulu sayang, sekarang benci; memegang ~ panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan); sedencing bagai ~, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat); membesi spt besi (sangat keras). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.si] | بسي

Definisi : 1 logam yg keras dan banyak sekali gunanya. 2 perkakas atau alat yg dibuat drpd besi 1: paku ~ paku yg dibuat drpd besi. ~ baja besi yg sangat keras. ~ batang (lantak) besi yg berbatang-batang. ~ berani besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi-besi lain. ~ putih timah. ~ tempa besi yg dikeraskan dgn ditempa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besi

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Besi baik tiada berkarat.

Bermaksud :

Budi baik tidak dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
basic metal industryindustri logam asasEkonomiTiadaIndustri pengeluaran barang besi dan keluli yang asasnya daripada bahan mentah, termasuk peleburan besi waja, besi bilet, jongkong besi, kepingan dan batang besi, faundri besi, dan paip besi.
capstan barpalang kapstanSukanTiadaBesi atau kayu yang dimasukkan ke dalam lubang kepala kapstan untuk memusingkannya dengan menolak besi-besi tersebut.
mertasmertasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Ctenolophon parvifolius daripada famili Linaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah besi-besi, dan di Sarawak ialah lituh. Gubal kayu mertas sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 930 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini mudah dikeringkan, sederhana tahan, tetapi sukar diproses. Kayu mertas sesuai untuk kerja binaan sederhana, tiang, lantai parket, dan lantai kegunaan lasak.
gridironpalang besi; kekisi besiPentadbiran PerniagaanTiadaBesi berkisi untuk memanggang makanan di atas dapur arang.
Smilax calocarpaKerancang besi, rancang tembaga, itah besiPertanianTiadaTumbuhan jenis herba berubi dalam famili Smilacaceae juga dikenali sebagai rancang besi, rancang tembaga dan itah besi. Tumbuhan ini terdapat di kawasan tanah gambut hingga hutan bukit. Tumbuhan ini mempunyai batang kecil dan liat seperti dawai. Daunnya bentuk bujur dengan urat jenis selari. Buahnya bulat, kecil dan keras. Akar mengeluarkan ubi yang keras. Ubinya dimakan untuk afrodisiak, meningkatkan tenaga, membaiki sistem peredaran darah dan membaiki organ pembiakan.
moving iron type metermeter jenis besi bergerakTeknikElektrikMeter yang jarumnya dikendalikan oleh besi yang bergerak. Besi ini digerakkan sama ada secara tarikan atau tolakan kemagnetan. Meter jenis tarikan akan menarik besi yang disambungkan pada jarum meter ke dalam gegelung yang tetap. Meter jenis besi bergerak ini memberi bacaan nilai berkesan dan sesuai untuk kegunaan bekalan arus ulang-alik atau arus terus.
wrought ironbesi tempaKimiaTiadaBesi dagangan yang kandungan karbonnya rendah dan mengandungi sanga cecair, terutamanya ferum silikat. Besi ini diperoleh melaui peleburan besi jongkong dengan ferum oksida untuk menyingkirkan karbon, dan diikuti dengan penukulan logam pepejal panas yang terhasil untuk menyingkirkan cairan sanga. Besi ini sukar berkarat serta dapat ditempa dan dikimpal. Besi tempa digunakan untuk membuat pagar dan rantai besi.
besibesiKerisTiadaBahan logam yang digunakan untuk membuat keris.
grillegrilKesenianSeni BinaKekisi pada bukaan tingkap atau pintu yang berfungsi sebagai elemen keselamatan dan hiasan. Gril dibuat daripada besi tetuang, besi lembut atau besi tahan karat.
besi balitungbesi balitungKerisTiadaBesi yang berwarna hitam kecoklat�coklatan dan tidak mempunyai campuran bahan asing.
12345678910...

Kembali ke atas