Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bes.ta.ri] | بستاري

Definisi : 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bes.ta.ri] | بستاري

Definisi : 1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bestari

Puisi
 

Seladang mati di padang,
     Mati dipanah raja bestari;
Kalau ada anak perempuan,
     Kalau pinang ayahnya tak beri.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smart powerkuasa bestariSains PolitikTiadaKeupayaan yang menggabungkan keperluan ketenteraan yang kuat dan juga keperluan melakukan pelaburan besar dalam pakatan, perkongsian, dan institusi dari semua peringkat untuk memperluas pengaruh seseorang dan menetapkan legitimasi tindakan seseorang. Kuasa bestari merujuk kepada gabungan strategi kuasa keras dan kuasa lembut.
computer wizardbestari komputerKomputerTiadaTiada
wizard editionedisi bestariKomputerTiadaTiada
smart schoolsekolah bestariTeknologi MaklumatTiadaTiada
smart schoolsekolah bestariTeknologi MaklumatTiadaTiada
smart nationnegara bestariUmumTiadaTiada
Smart School Qualification Standards (SSQS)Standard Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS)PendidikanTiadaSatu sistem penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). SSQS boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
nonnarrative folksongsnyanyian rakyat tankisahanKesusasteraanTiadaNyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4]
empirical datadata empirikPsikologiPsikologi UmumData yang diperoleh daripada penelitian yang saintifik. Contohnya, data yang diperoleh daripada kajian pemerhatian naturalistik atau eksperimental, dan bukannya berdasarkan taakulan, spekulasi, kepercayaan tradisional atau akal kebiasaan, atau akal bestari.
pilot testingujian rintisTeknologi MaklumatTiadaProses menilai sesuatu perisian/perkakasan dalam persekitaran yang lebih kecil berbanding dengan persekitaran sepenuhnya dalam sesebuah organisasi. Ujian rintis dijalankan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah yang timbul sebelum pelaksanaan sepenuhnya dilakukan. Contohnya, pelaksanaan sekolah bestari dirintis dahulu di berapa sekolah sebelum diperluas di sekolah seluruh negara.
12

Kembali ke atas