Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.ta] | بيتا

Definisi : (béta) kata ganti diri pertama utk raja; sahabat ~ sahabat hamba, tuan hamba;berbeta menggunakan beta (kalau bercakap dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.ta] | بيتا

Definisi : (béta) huruf kedua dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol B, â. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.ta] | بيتا

Definisi : /béta/ kata ganti diri pertama utk raja-raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZARAH BETA

Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh

nukleus atom radioaktif apabila terjadi

transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta

bercas negatif dan terbentuk apabila neutron

bertukar kepada proton.

UMUM 
PENGHALANG BETA UMUM 
ALGOL

Algol, juga dikenali sebagai Beta Parsei, ialah
bintang kedua terbesar di dalam buruj Perseus. Ia
terletak lebih kurang 100 tahun cahaya daripada
bumi (lihat Tahun-cahaya).

UMUMUmum
ABDUL HAMID MAHMOODABDUL HAMID MAHMOOD (1945-  ), ahli bahasa. Dia lahir di Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.BAHASAKonsep
KERADIAKTIFAN

Keradioaktifan, satu tindak balas nuklear kerana ia melibatkan pereputan spontan bahagian nukleus sesuatu atom melalui pembebasan sinaran radioaktif alfa, beta dan gamma.

KIMIAProses/Tindak Balas
BETATRON

Betatron ialah pemecut zarah untuk memecut elektron yang kadangkala dinamakan zarah beta.

FIZIKAlat/Alatan
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 

Kembali ke atas