Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ti/] | بتيق

Definisi : sj tumbuhan tropika (pokok dgn buahnya), yg isi buahnya berwarna kuning atau jingga dan sedap dimakan, papaya; ~ belulang = ~ bubur = ~ rambai sj betik, Carica spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti/] | بتيق

Definisi : Mn; terbetik tersiar (berita dll): pernah juga ~ berita bahawa dia telah mati dibunuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti/] | بتيق

Definisi : bintik;berbetik-betik berbintik-bintik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti/] | بتيق

Definisi : beberapa jenis pohon yg seakan-akan pohon palma atau buahnya (buahnya dpt dimakan); papaya, Carica spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betik

Puisi
 

Betik manis buah papaya,
     Manis tidak dapat kulupa;
Riuh rendah sorak ketawa,
     Saya seorang berdukacita.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Bermaksud :

Waktu yang singkat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah betik di kedai Cina, Betik muda masak layu; Kalaulah tidur abang tak lena, Adiklah makan rasa tak lalu.
Kurik Kundi Merah SagaBetik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita.
Kurik Kundi Merah SagaPenggal betik penggal puan, Penggal senduduk berkait-kait; Tinggal encik tinggallah tuan, Tinggal duduk baik-baik.
Kurik Kundi Merah SagaPenggal betik penggallah puan, Penggal keduduk dalam kerami; Tinggal encik tinggallah puan, Tinggal duduk dengan suami.
Kurik Kundi Merah SagaPenggal betik penggal puan, Penggal mari di pokok manggis; Tinggal adik tinggal tuan, Tinggal sayang jangan menangis.
Kurik Kundi Merah SagaBuah betik buah yang rendang, Mari kukupas dengannya kuku; Kakanda balik berjalan seorang, Mari dihantar sampai ke pintu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah betik dari Medan, Jual mari pasar Melaka; Cantik bulan di kaki awan, Memancar-mancar mengeluar cahaya.
Kurik Kundi Merah SagaBuah betik dalam dulang, Mari belah tepi telaga; Ayuhai encik kami nak pulang, Mari hantar di anak tangga.
Kurik Kundi Merah SagaPohon betik si pohon sena, Buah lebat batangnya tinggi; Bawalah adik pergi bersama, Sanggup berenang di lautan api.
Kurik Kundi Merah SagaPohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya.
12

Kembali ke atas